Boys And Girls

Wednesday 4 January 2012

Mimpi Bagaikan Realiti

Assalamualaikum


Hi heroes and heroines out there. How are you? Ila ni, dah sengau sengau. haha. Selsema. Tapi biasa la. Kalau lewat tidur, selsema la. Esok okay la kot. Hihik.

Pernah tak mimpi something yang buat korang rasa macam mimpi korang tu realiti? Korang rasa memang betul betul terjadi. You're remember everything that was happened in your dreams. Ila ada la. Tapi takde la banyak kali. Kadang kadang je. Tapi, mimpi yang Ila dapat last night, sangat awesome. Nak tau tak? Seriously takde tokok tambah. HAHA!


Masa tu Ila taktau la Ila duduk kat mana. Tapi, sepanjang jalan, penuh rumah orang. Lepas tu, jalan tu kosong and ada dua buah rumah. Yang sebelah kiri, rumah Ila and kawan kawan. Rumah sebelah rumah Ila pulak, Ila taktau siapa yang tinggal. Haha. Taktau kenapa Ila taktau. Lepas tu, Ila nampak Park Jung Min and Heo Young Saeng keluar dari kereta. Kat belakang diorang, Kim Hyun Joong. Hahahahaa. Best gila rumah sebelah artis yang Ila minat! Haha. Entah macam mana, tengah makan makan, Kim Hyun Joong datang rumah Ila. Ila tak ingat la kawan Ila yang mana sebok ikut Kim Hyun Joong balik rumah. Hahhaha.. Lepas tu, Ila sakit hati. Ila pergi rumah Kim Hyun Joong. Ila suruh kawan Ila balik. Dengki. Wakakakaka!

Promoting jam tangan. Hohoho!

Feel Me. Just ada 500 set untuk each type, limited edition gituuuu! August 2009. Rasanya jual kat Jepun je. Handsome gila. HAHA. Kalau tak kenal diorang, from left to right : Kim Hyung Jun, Park Jung Min, Kim Hyun Joong, Heo You Saeng, Kim Kyu Jong.

Taktau kenapa, ini gambar favorite Ila. Awesome, cool and they've showed us their charms dalam gambar ni. AWESOME! :P

Ila ajak Hyun Joong pergi rumah Ila. Konon ada makan makan. Waktu yang sama time Ila suruh kawan Ila balik tu. Haha. Sejak bila entah ada masak masak. Seingat Ila, kejap kejap kitorang cakap bahasa Korea, tapi campur campur bahasa Melayu. Pelik, kan? :P Pastu, Ila ada jumpa Heo Young Saeng and Park Jung Min kejap. Tapi, bila sampai kat rumah, just ada Hyun Joong. Haha. Magic. Ila tanya, mana yang lain? Jung Min jadi Min, Hyung Jun jadi Jun, Young Saeng tu Young Saeng la and Kyu Jong jadi Kyu. Hyun Joong? Oppa la. haha. Pastu, kitorang borak borak. Ila cakap la nak ambil gambar dengan dia. Tima tu, just ada Ila and dia je. Mula mula dia taknak. Artis kot. Takkan la nak duduk merata. Haha. Kang kena serbu. Jenuh janji taknak bagitau orang. Lastly, dia kata okay. Bila nak snap gambar, tiba tiba jadi ramai orang. Awesome kan mimpi Ila? Haha. Tak lama lepas tu, dia hilang. Ila pergi rumah dia. Dia bukak pintu, and senyum kat Ila. Tupppp! Ila terjaga.



Even though ni just mimpi, Ila rasa macam real. Bangun je, rasa happy. Haha. And, makin bertambah suka kat dia. Huwaaa! Handsome gila. ;( Mimpi ni macam real. Seriously tak tipu. Ila rasa macam kenal dia. Haha. Masa mula mula jumpa dia dalam mimpi tu, dia nampak cam sombong. Tapi, lama lama dia okay. Just like him in the real life. Memang sama. Ni yang nak fly ke Korea, cari dia. HAHAHAH! Boleh tak? Hihik. Suka tengok Hyun Joong senyum. Memang dia ada perfect smile.



Okay la. Sampai sini je. Gambar, dari Google. Malas nak update panjang panjang. Kang berpinar bijik mata. Ila harap, KHJ will be success. As a solo singer / actor. Deep inside, I hope they'll be five again. Five unite as 1, SS501. You guys are the best. I love them so much. Just like always, PJM on the top. HAHAHA. I love all of them! XOXO. Till we meet again, bubye!

Sunday 1 January 2012

INFO : Mari Bersukan Dengan Kasut Yang Sesuai!

Assalamualaikum!

Holla mi vida! Mi vida, mi amor! Haaa! Best tak intro Ila tu? Cepat cakap best! Cepat, cepat, cepattttt! Sekiranya anda mempelajari dan menguasai lebih banyak bahasa, kemungkinan untuk mendapat penyakit alzheimer boleh berkurang. Kakak Ila yang bagitau ni! Hihik.. Tu Spanish. Macam Bella Calamidades tu. Kan bahasa Sepanyol. David Villa, err..

Okay, hari ni Ila nak share kan tips mengenai kasut yang sesuai. Sama ada aktiviti indoor or outdoor. Jyeahhh! Ila pernah kerja kat syarikat pakaian sukan yang sangat terkenal. Tak mustahil Ila boleh tau. Konon nak jadi pekerja contoh la kan. Bawak notes *padahal tak tulis pun*, pegi siasat jenis kasut apa sepadan dengan aktiviti sukan yang kita bakal kita buat. And, the differences between suit untuk beach wears, tennis, hokey, badminton and so on. Banyak jugak yang Ila lupa, tapi Ila try the best la. Taknak la post entry sampah semata mata. Right? Let's go! Pstt.. kalau salah tu, sorry la. Ila try the best untuk recall balik infos tu semua. Teehee.. Choppp! Paling penting, kasut yang bakal dibeli mesti ada sistem pengudaraan yang baik. You know, udara yang bercampur dengan bau kaki anda, kalau terperangkap dalam kasut, maknanya... sambung la sendiri! hahah.

1. Kalau anda seorang pemain basketball, for lelaki la terutamanya. Kasut jenis 'air' sesuai. Biasanya, Ila promote brand Nike. Selain Nike, Adidas jugak brand yang Ila suka. Kasut yang bertekanan udara ni senang nak tolong kita untuk jump, jump and jump! Especially pemain basketball. Kasut ni ringan and memang pemain bola keranjang dunia pun pakai air shoes. Nike, Adidas, Reebok and of course Air Jordan. Now, boleh dikatakan trend pakai air shoes untuk saje saje. What I mean is, as sneakers. Kasut ni ada tekanan udara yang sangat sesuai untuk pemain bola keranjang.

Model : Nike Air Max CB34 - Men's
Source : Foot Locker.

2. Casual shoes / sneakers and walking. Yang ni, macam biasa la. Cari yang ada comfortable cushioning, selesa, and kalau boleh, semua kasut yang kita beli mesti muat untuk kita masukkan jari telunjuk and jari tengah di bahagian belakang kasut. Biar longgar sikit, sebab nanti kita kena pakai stoking. Kalau dah pakai stoking, takde la longgar sangat. Kalau beli yang muat muat je, nanti bila dah pakai stoking, ketat pulakkkk.. *boleh return balik la! :P

Model : Nike Sweet Classic Low Canvas
SourceClothing To Mall

Brand and type : Converse co Sneaker half cab
Source : Livin Cool
*Not an online shop blog. Just a fashionista's blog*

Brand and type : Vans Half Cab® Pro

Model : Emerica HSU 2 Fusion ( Navy / Suede )
Source : both from Zappos.com

3. Kalau anda nak menjalankan aktiviti hiking, anda mesti cari kasut yang bertapak tinggi. Kalau terpijak lopak air, takde la socks dalam kasut hangpa tu basah sebab air masuk dalam kasut. Biasanya kalau tu kasut bertapak tinggi, cengkaman mesti bagus. Errr.. hahaha!

Model : Dunham Steel Toe Waterproof Hiking Boot from New Balance
Source : Shop New Balance

4. Seingat Ila, kalau nak ke gym *masa Ila keje dulu, dia ajar for ladies je. Taktau la kalau sesuai untuk men*, pilih kasut yang senang dilentur. Lentur? Haha. Alaa.. kalau taktau, cari la kasut korang boleh lengkungkan keluar and ke dalam tapak dia. Paham ke tak,ni? Hahahaha!

Model : Nike Free Run Women Running
Source : Google

5. Kalau untuk aktiviti futsal or badminton, cari kasut yang tapaknya diperbuat daripada latex / rubber. Kot! Haha. Alaa.. yang macam getah tapak dia tu. Haha. Memang getah kot kan. Rasanya kannnn, lebih baik kalau ada bulatan kat bahagian tapak. Huihh.. nampak sangat Ila lupa. What for eh, bulatan tu? Nak bagi pressure kat bahagian yang kita pijak tu kot. Graviti center kottttt. So that, you all takkan mudah jatuh! HAHAHAHAHA! Don't take this terlalu serius. Ila nak tolong, tapi Ila pun lupa. Huwaaaaaaa! ;(


Model : Puma v5.10 Sala - White with Navy
Source : SoccerPro.com

6. Football / soccer boots / shoes. Yang ni, macam biasa la. Tapak, mesti awesome. Haha. Tak payah cakap dah kot. Hihik..

Model : Adidas Adipower Predator TRX Firm Ground Football Boots - Predator Run White / Sharp Purple
Source : Kitbag

7. Skateboarding. Kalau nak skateboarding ni, tak perlu lah nak cerewet sangat. Flat shoes dah kira okay dah. Kalau rasa susah sangat nak pilih brand apa, Ila suggest kan Vans. Okay, masa Ila kerja dulu, ramai sangat remaja lelaki datang nak pilih kasut yang sesuai untuk aktiviti skateboarding. Once Ila tunjuk Vans, diorang agreed and pilih model mana yang diorang minat. Dari situ Ila perasan, bila diorang nak main skateboard je, diorang pilih Vans. Brand lain pun ada. Reebok, Nike, Adidas and so on. Terpulang la nak model / design yang mana. Psttt.. Ila suka Vans! HAHAH!

Model : Vans Half Cab (Suede Black/Charcoal Grey) Skate Shoes
Source : Buy Skate Shoes

8. Running / jogging. Kena cari yang ringan and tapak yang mencengkam. Masa Ila kerja tu, nak bezakan running + jogging and walking senang je. Ada tulis kat tag, contoh : Nike Free Run. Kadang kadang nama model tu sendiri dah tertulis jenis sukan apa yang sesuai dengan model kasut tu. Boleh la dikatakan ciri ciri untuk running shoes sama dengan gym shoes. Memang sama pun! :P

Top : Men's Nike LunarGlide + 3 Shield
Bottom : Women's Nike Free Run + 2 Shield

Okay, tu jela. Ila mintak maaf sangat kalau Ila salah bagi info. Dah lama pun. Ni semua masa Ila kerja punya cerita. Ila tertinggal banyak sangat info. Kalau ragu ragu, nanti boleh tanya kat kedai tu. Tapi, kena tanya yang pro la. Hahaha. Ila takde la professional, just tau la bab bab ni. Tu pun dah banyak lupa. Haihh! Ila kena tanya customers. Tanya diorang nak apa, jenis sukan yang diorang nak buat and so on. lla kena bagi nasihat kat customers, kena suggest kan barang. Kalau dapat foreigners, memang best la. Haha. Diorang taktau bahasa Melayu. Ada la pro and con dia. Seriously, Ila suka. Sebab, Ila just tau nak menulis English je dulu, now dah berani cakap. Hahaha. Kadang kadang bahasa Inggeris Ila ni tunggang langgang jugak! HAHAHAHA. Sesetengah orang tu, tak suka. Haha. Ila suka. Hihik. Membentuk confidence kita. Nama pun international brand. Mesti la ramai foreigners yang datang. :P

Sorry kalau salah info. haha! :P Kalau ada yang salah, mintak betulkan. Kalau ada yang kurang, tolong share kan. :) Ohh.. semua link tu terus bawak anda ke online shopping. Haha! Semua tu semua brand yang you all tahu. Ade la few jenama yang Ila tak masuk kan. -_- Thanks for reading! Love love love! :D

Demok, Kau Nak Apa for 2012? :P

Assalamualaikum w.b.t.


Dush dush *bunyi bunga api*! Seronok nampak? Seronok eh sambut tahun baru? Apa yang seronok sangat? Meh la share dengan Ila. As for me, biasa je. Sedih ade la. Maklum la, dah nak tambah satu angka kat umur ni. Haa.. tak syok la kan. Tapi, sebagai hamba Allah SWT, Ila bersyukur sangat, sebab Ila masih lagi boleh bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah. Korang join tak countdown tadi? Suka hati la. Haha. :P Ila pun pernah apa pergi dataran nak sambut new year. Seriously, just once. Ila tak suka la pergi tempat yang bersesak sesak, ramai orang. Nak je Ila pijak sorang sorang. Masa Ila pergi konsert Jom Heboh tahun tahun sebelum ni, dengan tak sengaja, terpijak pulak tangan orang. Siapa suruh parking tangan merata rata. Haha. Sorry la, Ila tak sengaja. Masa tu Ila pakai high heels. Cuba bayangkan! *HAHAHAHAHA*


Kalau tahun baru, azam tu sinonim la dengan awal tahun cenggini. Ye tak? *Betul, betul, betul!* Masa kecik kecik dulu, zaman sekolah rendah, Ila mesti nak berazam. You know, Ila taknak la hidup tanpa goals. Haha. Nak tau apa? Nak belajar rajin rajin, so that boleh dapat nombor satu dalam kelas, nak jadi budak baik yang tau belajar je, nak baca buku la.. and so on. Korang tau tak, azam tu sama je tiap tiap tahun! Hahahahaha.. azam masa umur tujuh tahun, bawak la ke lapan tahun, sembilan tahun, blablabla.. Tapi, bila dah semakin bertambah umur *especially bila dah masuk tingkatan empat and lima*, Ila rasa macam 'baik tak payah aku ada azam'. Bila bila pun boleh berazam. Right? Ohh, ini bukan nak drop orang yang rajin berazam. This is something yang Ila share kan pasal diri sendiri.


Dalam hidup Ila, Ila ada 'impian sepanjang hayat'. Impian sepanjang hayat ni, sama la macam long term goals. Ila tak tetap kan, dalam tahun ni Ila nak itu, ini. Tak, tak. Impian Ila yang paling utama, nak jadi hamba Allah yang selalu taat pada DIA and anak or adik yang mampu ringankan beban kakak and abang dia. Ila nak sangat tolong adik beradik Ila. Honestly, Ila bukan orang kaya yang parents diorang boleh belikan Chevrolet or Ferrari masa birthday diorang. Tidak sama sekali *baca dengan riak serius*. Lepas tu, baru fikirkan diri sendiri. Termasuk la nak ada kereta yang diidam idamkan. Ada la dua tiga jenis. Haha! Then rumah yang awesome. Tak kira la terrace or condominium kan.. Asalkan rumah. :P Lepas tu, nak bawak abang and kakak Ila pergi Mekah. Menunaikan ibadah haji. InsyaAllah. Kalau diizinkan Allah. *Banyaknya impian yang Ila share! Tak boleh jadi ni! Yang lain, biarlah rahsia. See? Banyak sangat untuk di achieve dalam setahun adoi nye pun. Mesti kejar la goal ni semua!




Mercedes SLR McLaren gold.. Ila memang suka sangat model ni. Sangattt! My dream car! Ila taktau la pulak apa nama betul model ni. Yang Ila tau, Mercedes SLR McLaren. Gold. Kalau tak suka, Ila ada second choice. Mercedes jugak! Haha.. :P



Mercedes Benz McLaren SLR Roadster. Idaman jugak!


And.. Mercedes-Benz SLR McLaren. Grey. :D Nak, nak, nakkkkkkk!!! **Kalau tak dapat pun takpe. Hahaha! :P Kereta biasa pun dah okay. And, I love Toyota Camry!!! :D

Untuk orang yang bermula dari '0', agak mustahil untuk ada semua yang di atas dalam masa setahun je. Percaya ke tak? What?!! Tak percaya? Maybe you all anak orang kaya. Siapalah aku~~ hahaha.. Kalau tak percaya, sila lah percaya. Maybe try kosongkan poket, duit dalam bank, then try la beli tu semua. Oh lupa! Cash and carry. Bukan hutang hutang. Hahaha! :P Boleh ke tidak? Sila la share kan pendapat anda di ruangan komen. Kidding!


Kalau nak jugak suruh Ila berazam, boleh. Takde hal. Ila nak melancong dengan So Ji Sub. Gitu.. boleh? Kalau tak boleh, nak berlakon dengan Seo Ji Seok. Haa.. macam mana adoi nye pun? Kalau tak boleh melancong dengan Seo Ji Sub, bagi la Jared Leto pegi vacation dengan Ila. Tiga hari pun dah okay! Hahaha.. demand tak? Or else, main piano dengan Daniel Choi. Seminggu. Tolong booking. Great idea! Right? Tak boleh jugak?! Kalau nak duet dengan Lee Hong Ki, rasanya boleh tak? Boleh la eh? Eh, eh?Ni option terakhir. Nak memasak dengan Kim Jae Jong! Tolong jang kata TIDAK! Sebab ni la impian paling penting dalam hidup gua. Haha. Memain je. Hihik. Nak ke Korea or Hollywood cari diorang? Ish ish ishhh.. Kalau ikutkan, nak je Ila jadi the 10th member of Girls' Generation. Hahahahaha! Okay kan? Awesome. Kan Ila dah kata, Ila memang awesome.



Nak main salji dengan Lee Hong Ki. Hehe. *His twitter update on 2011*


My Jared Leto! Hugo Boss.

Sooooooo manly! Love him! Seo Ji Sub! Dah la seksi! Lalalalala~ :P **Now, Ila suka lelaki yang manly or masculine, bukan yang jambu jambi! Haha. Kalau jodoh, terima seadanya! Hihik! 

Anyway, selamat tinggal 2011, and selamat datang 2012. Okay la, sampai sini je. For 2012, Ila nak siapkan novel and Ila harap novel Ila boleh dicetak, diterbitkan. This is my hobby and my life. Ila memang suka menulis. Since Ila bebudak lagi. Heee.. hope you guys boleh bagi komen. Tak kisah la pedas ke, pahit or manis, Ila terima dengan hati yang terbuka. As long as ada orang bagi komen / kritikan, Ila takkan berhenti belajar and Ila takkan berhenti menulis. Sebab kritikan tu semua bakal jadi sumber kenapa Ila nak terus menulis. ;) Okay. Till we meet again, insyaAllah, take care. And I love you~ 

Psstt.. Pictures from Google. I love the onion head emoticons. Haha. So cute. Look at their hands! And their body, their face expressions! HAHAHAH! :D