Boys And Girls

Sunday 15 July 2012

Jom Masak Masak!

Peace upon you.


Hai semua! How are you? Aku? Aku demam sikit, selsema and batuk. Huwaaa.. suara macam apa dah ni. Bukak mulut je, keluar suara macho. Miahahahahah.. *Be careful. Entry panjang sebab ini entry masak masak*


Okey.. Macam yang korang sedia maklum, aku ni peminat K World. Atau nama lainnya hantu kepada sesuatu yang berasal dari negara Korea Selatan. Ceh, tak dapat pergi konsert Big Bang. Big Bang Alive Galaxy Tour. Sebab apa, takde duit. Aku taknak seat RM98 tu la. Jauh ke belakang kot. Aku nak bahagian depan pentas. Dekat dengan pentas. Rock zone or numbered seat pun okey kot. Tapi standard la kalau konsert kann Mana ada tang depan tu dapat RM100, 200.. RM688 kalau tak silap aku untuk bahagian depan sekali. Mana la aku ade duit sebanyak tu. Dah tu nak kumpul mana sempat. 


Kaunter tiket bukak 28 Julai ni. Tak ke pengsan nak cari duit dalam masa singkat ni? Aku ni dah la tak kerja. Lain la kalau korang ada kerja nak bagi aku. Aku nak pergi wehhh! Free ticket ade tak? Muahahahaha.. konsert Big Bang Alive Galaxy Tour ni dibuat dekat Stadium Merdeka, October 27th 2012 ni. So, aku tak nak tengok gambar gambar yang orang upload sebab tak nak kuciwa. HAHA. Eh, kalau ada anyone nak pergi KLIA masa diorang sampai and balik, bagitau aku wehhh! HAHA. Jom sekali. Tak dapat pergi konsert, dapat tengok diorang secara live pun jadi la. Tapi sure penuh VIP dekat sana nanti. Huwaaa! Nak Daesung! Nak GD! Nak, nak, nak! Even though aku tak mampu nak pergi konsert tu, aku tetap VIP sejati. Sobs.. sorry, emosi lebih.


Ni je mampu. Screen captured. HAHA. I love you man!

I wanna meet him though. ;(


Siang tadi, aku keluar jalan jalan. Beli barang dapur. Masa jalan jalan tu, mata aku tertangkap pada satu bahagian dekat salah sebuah groceries stores which is my favorite. Finally! I found few types of ready-made kimchi! I was so excited and grabbed a box of it. And I've tried it once I've arrived at my home. Oh, it's so delicious. And I'm wondering, where can I get the Korean pepper flakes and pepper powder? If you know where I can get it *in Kuala Lumpur*, please tell me. Because I'm going to make my own kimchi! Do you know what exactly the kimchi is? 

Kimchi (Korean: 김치 金枝; play /ˈkɪmi/), also spelled gimchi, kimchee, or kim chee, is a traditional fermented Korean dish made of vegetables with a variety of seasonings.[1][2][3] There are hundreds of varieties of kimchi made with a main vegetable ingredient such as napa cabbage, radish, scallion or cucumber.[4] Kimchi is also a main ingredient for many Korean dishes such as kimchi stew (김치찌개; kimchi jjigae), kimchi soup (김칫국; kimchiguk), and kimchi fried rice (김치볶음밥; kimchi bokkeumbap). (Copied from Wikipedia)

Kimchi aku beli tadi. :D 

 So, dah tau kan, apa tu kimchi. Ada banyak jenis kimchi sebenarnya. Kimchi napa cabbage, timun, macam macam jenis lobak atau pun daikon,  daun bawang a.k.a bawang hijau. Actually ada lagi. Banyak sangat. Ni just contoh je. Nak buat guna carrot pun boleh, no hal. Selain daripada sayur yang jadi bahan asas atau pun bahan utama, kenalah tambah perasa perasa lain. Yang penting, mesti ada chilli pepper. Daripada kimchi, macam macam makanan yang kita boleh buat. Nasi goreng kimchi, kimchi jjigae atau nama lainnya kimchi stew, sup kimchi and so on. Nak buat pancake pun boleh. Lempeng. 


So, memandangkan sekarang ni negara Korea Selatan semakin naik oleh salah satu faktor, kebanjiran lagu lagu, drama Korea di serata dunia, rata rata negara ada restoran yang jual makanan Korea. Bila ada makanan Korea, adalah kimchi since kimchi ni salah satu makanan yang memang diwarisi di sana. Antara side dishes / banchan terpenting. Selain tu, sushi roll Korea pun ada tawww! Disebabkan aku rajin sangat, aku nak share resipi buat kimchi, Korean sushi roll a.k.a. kimbap and tteokbokki. Tau tak tteobokki ni apa? Tteok ni sebenarnya makanan yang diperbuat daripada tepung pulut, ataupun lebih dikenali as sweet rice or chapssal. Alaaa.. aku bukan nak ajar korang buat tteok ni. Kuih beras ni. Aku nak ajar cara masak tteokbokki! Dah la. Jom start dengan kimchi. Senang sangat! :P


Napa cabbage. Ini la dia! Credits - Google.


Bahan bahan,
1 biji napa cabbage *saiz sederhana*
1/2 cawan garam kasar
Air secukupnya untuk rendam kobis sampai tenggelam

Bahan perap / sos kimchi,
1 biji daikon (kupas. Kalau tak letak daikon pun tak apa)
1 biji Korean pear (Yang ini, optional. Kalau tak letak pun takde masalah)
1/4 cawan sos ikan*
1 cawan emping cili pedas* (try dapatkan dari Korea. Original. Kalau takde, cari yang jenis serbuk tu)
5 ulas bawang putih* (cincang)
1/2 sudu teh gula*
1 sudu teh garam*
Sedikit halia* (cincang)
Daun bawang

 Cara cara,
- Belah kubis kepada dua atau empat bahagian. Mulakan dari pangkal kubis.
- Campurkan garam ke dalam air. Rendam kubis dalam air yang bercampur dengan garam selama 6 hingga 8 jam. Balik balikkan kubis semasa merendam, setiap 2 jam. Make sure mangkuk atau container tempat merendam kubis tu cukup besar.
- Lepas 6-8 jam, keluarkan kubis dari dalam air bergaram, basuh satu demi satu helai/pelepah/lapis kubis. Biasanya diorang tak potong atau ceraikan lapisan kubis tu. Biarkan berlapis lapis. Tapi, kalau nak potong pun tak ada masalah. Terpulang pada citarasa anda. Jangan lupa letakkan garam sikit dekat setiap helai/lapis.

Buat macam ni. :) Credits : Smoky Wok

- Campurkan bahan bahan untuk buat sos, yang bertanda *
- Potongkan lobak dan buah pear bentuk memanjang. Jangan nipis sangat, jangan tebal sangat.
- Potong daun bawang dalam satu ke dua inci.
- Campurkan lobak, buah pear dan daun bawang ke dalam mangkuk. Masukkan sos.
- Gaul semua bahan. Pastikan bahan bahan digaul rata.
- Gaulkan bahan bahan yang dicampur sos dengan kubis. Ataupun masukkan sos campuran pear dan daikon disetiap helaian/lapisan kubis. Lapis demi lapis.


- Simpan dalam bekas kedap udara. 

Kiranya dah siap la tu. Nak makan time tu pun tak apa. Tak ada masalah. Tapi, makanan Korea ni mementingkan kesihatan, bukan je kesedapan. Proses pemeraman ni akan menghasilkan bakteria baik. Lagi lama kimchi diperam, lagi banyak bakteria yang baik untuk badan dihasilkan. Cubalah! :D 


Second, aku nak bagi resipi kimbap ataupun Korean sushi roll. Ingat, kimbap ni versatile. Korang nak ganti isi tu dengan bahan lain pun boleh. Tengok la apa yang ada dalam freezer tu! :D

Bahan bahan,
Nasi yang dah siap masak, digaul dengan garam. 
Note : Lebih elok kalau guna beras yang melekit tu. Beras apa eh? Korea ke Jepun?
Seaweed/nori/rumpai laut 

Bahan isi/topping/stuffing,
Telur (siap goreng)
Sosej (goreng/rebus)
Carrot
Timun
Crab meat
Bayam (celur/rebus sampai lembut)

Note : Jangan menyelam cari rumpai laut tu! Haha. Pergi groceries stores, insyaAllah ada nori yang dah siap kering warna hitam tu, dah nipis siap. Nak tukar isi yang dekat atas tu dengan tuna boleh, tak nak carrot boleh letak radish. Letak daging ke, ikan ke semua boleh. Ikut suka. Lagi satu, nak letak kimchi yang korang baru buat tadi pun boleh je. :D
PENTING! Pastikan semua bahan bahan yang dekat atas tu dihiris memanjang. Tebal tak tebal, terpulang. Telur boleh dibuat telur gulung, then potong ataupun buat telur dadar macam biasa, potong memanjang jugak.

Cara cara, 
- Ambil bamboo mat, letakkan nori ke atas bamboo mat. 
- Lapiskan nasi ke atas nori. Ratakan dengan sudu, ataupun tangan. Tak payah penuh sangat pun tak apa. Tebal, ikut suka. Tapi jangan nipis sangat, jangan tebal sangat. Agak agak macam sushi roll yang kita selalu makan tu.
- Susun telur, sosej, carrot, timun, crab meat, bayam celur dekat atas nasi yang dah rata tadi. Susun dekat dekat. Jangan penuhkan permukaan nasi dengan bahan bahan tu pulak. Lagi satu, jangan letakkan dekat tengah tengah nasi. Susun dekat hujung bawah atau hujung atas.


Susun macam ni.


Gulung macam ni. Both photos are from HERE


- Gulungkan nori yang dah lengkap tadi dengan menggunakan bamboo mat. Jangan tekan kuat sangat, sebab takut nanti kimbap tu patah. (Rupanya lebih kurang sama dengan lemang yang keluar dari buluh. Just saiz je berbeza.)
- Jangan risau bila tengok hujung kimbap anda tu macam buruk and tak sama panjang. Ulang dari langkah satu sampai semua bahan habis.
- Bila dah siap gulung, potong kimbap yang masih lagi dalam keadaan memanjang tu kepada hirisan hirisan sederhana tebal. Macam sushi tu la. Siap! Boleh la makan dengan sos atau makan macam tu je. ^^


Senang, kan? Tapi aku risau korang tak dapat hadamkan langkah langkah nak sediakan makanan tu. Muahahaha.. So, I took few photos from the original owner, and putting the credits under the pictures. Thank you. :') Takkan la aku nak pegi buat resipi tu memalam camni. AHAHAHA.


Korang yang tinggal luar negara tu, kalau nak buat ni pun boleh. Pergi berkelah pun boleh bawak. Senang sangat. Sedap. Yang paling penting kos yang diperlukan sangat la rendah. Kalau korang dok overseas, boleh la try. Aussie ke.. opsss! haha.. I mean US, UK or anywhere else, nak jimat, boleh try ni. Aku faham. Kita kena banggakan makanan budaya kita dekat Malaysia, tapi bukannya semua boleh masak rendang, ayam masak merah, masak lemak, gulai tempoyak dekat overseas sana. Lain la kalau parents korang datang, tolong masakkan. Time balik Malaysia, bedal la puas puas. HAHA. Lepas tu bawak balik ke sana. Hehehe.. alahh.. dekat sini pun ada la makanan Malaysia. Mesti ada yang cakap camtu. So, aku ulang, "untuk penjimatan".


Google's photo. Dekat Korea. Gerai tepi jalan.


Resipi last sekali, tteobokki. Tteokbokki sedap, pedas pedas manis. Okey. Tteokbokki ni di sejenis makanan yang sangat sangat famous dekat Korea Selatan. Kalau korang ke Sindang Dong, Gangnam, Myeongdong, jangan lupa try. Dekat tempat lain pun banyak la. Senang nak dapat. Tapi, dekat Gangnam and Myeongdong ni biasanya ramai sangat peniaga makanan jenis gerai tepi jalan. Lori, meja meja and so on. Ada yang jual tteokbokki, sotong goreng pedas, uhmok ataupun fish cakes. Banyak lagi la. So, cuba. And kalau ada yang nak cuba sendiri, boleh cuba macam dekat bawah ni. Aku bagi resipi.

Bahan bahan,
Tteokbokki (biasanya yang berbentuk silinder, panjang lebih kurang 2-3 inci)
1 sudu teh kicap cair
Fish cakes
Sosej (optional)
Daun bawang (ikut suka nak banyak mana)
Carrot atau kubis bulat
Pes cili merah Korea
Emping cili merah Korea (Korean red chilli pepper flakes)
2 sudu teh gula
2 sudu teh bawang putih (dicincang)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh bijan (optional)

Cara cara menyediakan tteokbokki,
- Panaskan air dalam kuali. Pastikan kuali besar. :P
- Potong daun bawang, fish cake dan carrot sementara tunggu air panas.
- Bila air dah nak mendidih, masukkan pes cili, pepper flakes, gula, bawang putih dan kicap cair. Kacau sebati.
- Bila pes cili dah larut, masukkan tteok ke dalam kuali. Kacau dan biarkan dalam 10 minit supaya tteok empuk/lembut dan kuah menjadi agak pekat. Terus kacau supaya tteok tak melekat dekat permukaan kuali.
- Masukkan carrot, fish cake, sosej ke dalam kuali. Kacau.
- Rasa. Kalau ada yang kurang, tambah.
- Masukkan minyak bijan dan biji bijan, terus tutup api. 
- Angkat dan hidangkan.
  


Note : kalau nak panaskan, jangan guna microwave. Bukan tak boleh, tapi takut la tteobokki tu tak panas semua. Just masak balik atas api. Tambah air sikit, kacau. Tunggu dia pekat balik, angkat. Makan! Hehehe.


Beg kesayangan. HAHA. Sebab.. err.. sebab.. rahsia! And my fave earphone! Nak jadi photographer gak la! MUAHAHAHAHA!


Okay, tu je kelas masak memasak kita hari ni. Kahkahkahkah! Nanti aku share lagi resipi lain. InsyaAllah. Oh, ya! Aku dapat kerja tu. Kerja dekat bazar jual baju sementara bulan puasa ni. Sebulan je. Yang aku cakap dalam last post tu. Alhamdulillah. Thanks kepada yang mendoakan. hehe. So, tak dapat online selalu. Cubalah tiga simple recipes dekat atas tu! Boleh jugak kalau nak buat hidangan berbuka puasa. Selamat mencuba. Thanks for dropping by. Assalamualaikum.

Saturday 14 July 2012

Aku & Sesuatu. No, Lesung Batu.

Assalamualaikum semua!


Tak payah intro. Tak payah, tak payah. Takde idea. Hari ni aku nak cerita pasal lesung batu. Korang tau apa tu lesung batu? Tau? Haaa.. apa dia? Tumbuk padi? No.. itu lesung kaki. HAHA. Lesung batu ataupun nama orang putihnya mortar and pestle ni biasanya orang dok guna buat sambal tu laa.. haaa.. aku nak beritahu ni. Hidup aku ada kaitan dengan lesung batu. Nak tau apa dia? Cekidaut!


Okey, korang tau kan, aku ni memang suka makan? So, aku suka sambal la. HAHA. Sambal apa pun, bagi la. Korang takkan menyesal punya. Aku bedal je. Muahahaha. Pastikan ianya halal dan makanan yang baik. Teehee.. Itu baru satu, kan?


Dua, orang selalu panggil lesung pipit aku ni lesung batu. Lesung pipit ke lesung pipi? Mana mana pun boleh, kan? Sama jugak, dimples gak kan. Muahahahah. So, aku gunakan lesung pipit la eh? Korang tau tak lesung pipit ni merupakan salah satu kecacatan? Kuno la budak RNRK ni. Orang dah lama tau laaa.. Boo! Biar laa! Aku nak story gak. Tapi, kecacatan ni dianggap sebagai simbol kecomelan, kecantikan and daya penarik. Muahahahaha.. ehem, ehem!


A dimple is a small natural indentation in the flesh on a part of the human body, most notably in the cheek or on the chin. 
Sumber, Wikipedia. 
Itu nak bagitau apa tu lesung pipit and tang mana biasanya lesung pipit tu ada. Korang tau la kan, dekat pipi atau dagu.


 Dimples may appear and disappear over an extended period.[2] Dimples may play a role in sexual selection.[3] Some cultures, for example Asian and Indo-ethnic sub-groups, prefer dimples as a sign of attractiveness and veracity.[4] Dimples may be genetically inherited and have been called a simple dominant trait. - Wikipedia.

Ini, dia punya penerangan yang macam aku cakap dekat atas tu. Bagi orang Asia, lesung pipit tu buatkan someone nampak manis and cute. Ehem, ehem! Puahahahaha.. xP Lesung pipit ni jugak biasanya diwarisi. Kalau korang kahwin dengan someone yang ada lesung pipit, kebarangkalian untuk anak korang ada lesung pipit adalah 20 hingga 50%. Tak ke tinggi tu? So, apa lagi? Kalau korang takde lesung pipit tapi nak anak korang ada lesung pipit, kahwin la dengan sesiapa yang bawak genetik lesung pipit yang dominan. Ya Allah. Lupa betul. Tapi aku rasa aku ni dominan la kan? Sebab aku yang bawak. Hahaha.. mesti Cikgu Mimi marah sebab aku dah lupa pasal ni. Huwaaaa.. tolong ajar saya Biology sekali lagi!


Dimples may be caused by variations in the structure of the facial muscle known as zygomaticus major. Specifically, the presence of a double or bifid zygomaticus major muscle may explain the formation of cheek dimples.[4] This bifid variation of the muscle originates as a single structure from the zygomatic bone. As it travels anteriorly, it then divides with a superior bundle that inserts in the typical position above the corner of the mouth. An inferior bundle inserts below the corner of the mouth. - Credit : Wikipedia.

Lesung pipit ni terjadi sebab adanya variasi  dalam otot muka yang dikenali sebagai zygomaticus major. Kecacatan variasi ni terjadi disebabkan otot yang sepatutnya ada satu atau tunggal terbahagi dua atau terpecah dua. And lagi satu sebab, otot zygomatics lebih pendek daripada panjang asalnya and disebabkan tu, terbentuk la lekuk dekat pipi.


So, aku adalah salah sorang daripada pemilik dimples. Kiri kanan pipi aku. Syukur.. hehehe.. orang lebih senang ingat aku sebab lesung pipit aku. Boleh la dikatakan sebelah kiri lebih dalam dari sebelah kanan. Disebabkan lesung pipit aku yang dalam and jarang kawan kawan aku ada lesung pipit, kawan kawan aku suka label kan lesung pipit aku as "lesung batu". Nak pinjam buat tumbuk cili kononnya. Cehh! Nasib baik bukan batu giling ke, steamroll ke.. haha. Kalau tak, dah kena lenyek dah korang! Bhahahahaa! :P


Okey laa.. malas nak taip dah. Huwaaaa.. jom tidur. Esok nak jenjalan lagi. Oh, by the way, doakan aku dapat kerja ya bulan puasa ni! Khas sebulan. Sebab aku nak tambah duit raya. Please.. doakan ya! Seminggu je lagi Ramadhan Mubarak menjelang. Semoga Ramadhan ni lebih bermakna. InsyaAllah. Okey la! Assalamualaikum again. :) 

*****Takdak gambaq! AHAAA! Haii.. sejak akhir akhir ni aku suka sangat cakap loghat utara. Eh, hari tu aku nak belajar loghat utara, lepas tu aku punya bijak cakap 'bahasa utara'. Kan dah kena tegur. HAHA.. Aku nak belajar loghat utara ni sebab aku suka kat Anwar Hadi. HAHA. Gatal. Tak, tak. Gurau je. Tapi memang betul pun. Berani mati mengaku sebab takde sape pun nak baca blog ni. HAHA. Sorry Anwar, sebab guna nama anda. Sobs.. hehe.. :P Nak belajar dialek Perak *macam Usop Wilcha tu or the other one*, hubungi saya! Tiada yuran seumur hidup! Hahaha. Gurau je! Selamat malam semua. Mimpi indah. <3

Monday 9 July 2012

Labah Labah Kacak.

Assalamualaikum..


Hai semua! How's your weekend, huh? Weekend aku agak penat sebab banyak berjalan. HAHA. Tapi okey la. Dapat jugak la benda benda syok. Kahkahkahkah! Best woah!


But after all, aku nak cerita dekat korang, aku dah pergi tengok The Amazing Spiderman! Aku pergi hari Sabtu lepas. Tempah tiket online, kalau tak silap aku hari Khamis. Nasib baik ada seat baik. Tak atas sangat, tak bawah sangat. Sebab time aku tengok Transformers Dark of The Moon dulu, seat aku paling depan sekali. Terpaksa mendongak. Tapi kali ni, tak. Relaks je tengok. Biasa laa.. kalau cerita cerita macam ni, memang ramai orang booking. So, susah nak dapat tempat cool. Kalau filem genre lain, takde pun aku kena duduk depan. Ni tang cerita yang macam ni, sure penuh panggung! Hmphhh!


Aku tak keluarkan apa apa pun since kakak aku yang bayar semua ni. HAHA. Aku tak suka tengok wayang melainkan aku dengan kakak and kawan kawan aku. Entah la. Taktau apasal. -.- Aku, kakak aku and empat orang kawan dia yang pergi. Show pukul 3 petang. Tapi, apa aku nak cakap, memang amazing. Aku kurang sikit tengok love love story. Aku suka movies bergenre thriller, fiction Science*yeke fiction Science?*, fantasies, action. Especially cerita superheroes. Takkan ku lepaskan!


The poster. Cr - Wikipedia.


Bercerita fasal filem ni, aku nak bagi lima bintang out of five. Nak tau kenapa? Aku memang suka filem superheroes. Batman, Spiderman, Superman, Iron Man, The Flash, Green Arrow, Green Lantern, The Hulk, etc. So, sekian lama aku tunggu for Spiderman, okey? Jadi, konon kononnya penantian untuk Spiderman dah berakhir laa.. ahahaha. KONON. Tapi akan ada sequel pada tahun 2014. Kalau umur still panjang, aku nak tengok.


Aku kagum dengan jalan cerita yang dibawak oleh penulis. Pelakon pelakon pulak dah cuba yang terbaik untuk tonjolkan watak and untuk meninggalkan kesan yang mendalam untuk penonton. Buktinya, aku still ingat jalan ceritanya, from the start to the end. Aku sangat kagum. Andrew Garfield, actor yang memegang watak as Peter Parker sangat sangat pandai berlakon sampai aku absorbed dalam lakonan dia. Sampai nangis nangis aku tengok. Aku taktau la kalau aku ni sensitip je lebih. Paling touching time pak cik dia mati sebab kena tembak and time kaki dia kena tembak dengan polis. Masa tu dia dah tak cekap sebab kaki dia luka. So, bapak kepada sorang budak yang dia selamatkan masa kena serang dengan The Lizard tu la yang call kawan kawan dia, suruh naikkan kren pada setiap bangunan dengan sudut 90 darjah. Sobs.. semuanya sebab nak balas budi Spiderman sebab selamatkan anak dia. Elemen sedih digunakan dengan betul. Kalau korang fokus, korang mesti akan terjebak dalam scene sedih tu. HAHA.


Meet Andrew Garfield. Cr - Wikipedia.


Biasalah, kalau cerita cerita camni mesti la ada heroin. Pengganti Kirsten Dunst yang dulunya pegang watak heroin yang bernama Mary Jane dah ditukar dengan akters cantik jelita Emma Stone yang pegang watak sebagai Gwen Stacy. Kalau dah ada hero and heroin, apa lagi, kan? -.- Action scenes yang ditawarkan untuk penonton memang sangat amazing. Serious aku tak tipu. Sungguh membuatkan aku ternganga. So, double thumbs up untuk pengarah and most of all, stunt dia laa! Yelaa.. aku ada dua ibu jari tangan je. So, bagi la dua dua. And technic computer, CGI yang digunakan pun cool kot. Doctor Curt Connors a.k.a The Lizard tu kan one armed je. So, nampak real. Thumbs up!


So, keseluruhan jalan cerita filem ni memang senang dihadam. Senang nak faham. Berbaloi tiket yang berharga RM15 dengan cerita. Hahaha.. bukan duit aku pun. Tapi apa aku nak cakap, memang best. Syokkkk! 2 jam 16 minit or 136 minit yang sungguh tak membosankan. Memang la lama, tapi berbaloi kot korang sejuk beku dalam panggung tu. Haha. Lain orang, lain pendapat. Tapi, kawan kawan kakak aku plus aku sangat bersetuju yang cerita ni memang amazing. 


Okey la, sampai sini je. HAHAHA. Sungguh penat la weekend aku. Macam macam pegi cari, beli. Huarghhhh ~ hope lepas ni dapat tengok Batman : Dark Knight Rises. Trailer cambest. So, haruslah tengok. Tapi taktau cemana. Yelaa.. bulan puasa woii! :) Anyway, aku rindu Ramadhan Mubarak. Bukan sebab makanan *aku tau la aku ni kuat makan.. wooo ~*, tapi sebab perasaan gembira yang ada dalam diri aku time bulan puasa. Susah untuk aku jelaskan. Tapi aku tau, korang mesti faham.


Before I'm off, The Amazing Spiderman dah pun mencecah angka billion dollar. Box office. Cool gila! Okey laaa.. nak makan. Lapaq! Hehee. Oh, hari tu aku beli Combo Popcorn dengan coke, aku dapat mug Spiderman 3D. HAHA. Cute, cute, cute! :D Aku biasa pegi GSC je. :) Okey la.. take care semua. Assalamualaikum!

Friday 6 July 2012

Again? Oh!

Assalamualaikum..


Hai semua! How are you? Sihat? Aku doakan korang sihat sihat selalu. Kaum Adam, dah solat Jumaat? Alhamdulillah. :D


Actually, korang perasan tak? HAHA. Aku tukar header lagi. Kali ni aku puas hati sebab first time aku berjaya potong gambar. Hahaha.. istilah apa tu? Aku guna photoshop la! Muahahaha.. nampak tak tu? Bahagia betul. Aku ada je photoshop selama hari ni, tapi tak reti nak guna. So, aku hentam hentam, dapat jugak la potong gambar Won Bin tu. Nampak tak betapa buruk and senget bengetnya potongan aku tu? HAHA. Tak apa, practice makes perfect. Kannnn?


Kenapa aku pilih Won Bin? Sebab aku suka dia. Enough said. Hahaha. Lepas tu, gambar gambar kartun dekat sekeliling dia tu bawak maksud, aku nak travel semua tempat di dunia ni. So, sebab tu ada gambar yang tidak tidak tu. Hahaha.. sebenarnya ada banyak, gambar kambing, kucing, Menara Pisa, Korea, Hollywood, etc. Tapi tak mampu la aku nak letak semua tu. Dah macam apa dahhh! HAHA. Yang baru ni pun entah apa apa dah. Kalau tambah lagi, jadi apa apa entah apa apa pulak. Kahkahkahkahkah.. faham ke apa aku merepek ni? :P


Before. See? Aku ni simple je orangnyaa.. tengok ni pun dah tau! :P Tapi aku bukan simple-minded okey! :P

Newest. Kacaknya Won Bin. Ni gambar 2007 or 2008 kot. -_- Tapi dia still handsome. Maskulin. hehehehhee..


Sebenarnya, header ni aku guna untuk blog penulisan, hasil hasil karya yang dahsyat aku tu. Haha. Masterpiece! Kahkahkahkahkahak! Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Lagipun ini bukan kategori masuk bakul angkat sendiri. Hehehe.. So, kalau korang terjumpa satu blog yang gambarnya guna muka handsome Won Bin and lebih kurang dengan design aku tadi, jangan la terkejut. AHAHA. Aku tak curi idea dia, dia tak curi idea aku. Both blogs are mine! Nak baca novel? Suka baca novel? Klik SINI haaa.. Itu laa blog kedua aku. Blog aku untuk aku menulis bila imaginasi aku mula bercerita, tangan aku pulak sibuk menaip meluahkan rasa. Cesss! Puitis!


Sampai sini jelaa.. panjang panjang buat apa. Idea pun takde. Ini pun dah panjang. Teehee.. okey semua! Got to go! Take care! :) Peace be with you guys! ^^

Thursday 5 July 2012

I'm Singin' My Blues ~

Assalamualaikum ~


Selamat pagi beauties! Muahahaha.. Sihat ke? Apakah perkhabaran yang datuk datuk sekalian bawa? Ah, I miss this moments. When I can talk with that kind of speech. hehee..


Lama tak update blog comel ni. Bersawang dah. Penat aku buang sawang, sarang labah labah tadi. Huwahhh! Kalau letak towel ni, sure peluh aku macam tuala yang baru dibasuh. Dahsyat kan? Aku tauuu.. hahahaha. Aku pun rindu korang jugak. 


Screen captured or what? Oh no, I took it using my phone. During YG On Air. :D


Hari ni aku agak gembira. No, sangat gembira. I'm singin' my blues ~ haha. Takde la suka mana pun. Korang ingat tak entry aku fasal Seoul Summer Sale dakat SINI? Bagus, bagus. Kalau belum baca, pergi baca cepat. Ngehngehngeh ~ aku masuk online contests yang ditaja tu. Ada dua contest aku join. Teka nama duta Seoul Summer Sale 2012 and My Favorite Cosmetics Brand. Teka nama duta tu hadiah dia cool gila. Yang aku ingat, baucer iTunes *baucer or kad*, Kpop CDs and Etude House Cosmetic. Yang paling best, tiket penerbangan ke Korea. Pergi balik! Favorite cosmetics tu, hadiahnya produk Etude House, The Face Shop and 3 set of Espoir fragrances. Aku tengok untuk teka ambassador tu, tak ada pun nama aku. Hampa. Terus tak bukak. Hahaha..


Tiba tiba last night aku bukak email. Terkejut gila bila tengok ada Seoul Summer Sale hantar email. 2nd contest winners! Dengan rasa gelabah, aku pun bukak email. Berdegup laju jantung aku. Lepas tu perkataan pertama yang aku nampak, "CONGRATULATIONS!" hahahahhahaa! Yayyyy! Alhamdulillah. Aku dapat salah satu produk kosmetik tu. Sebenarnya, dekat sini pun ada semua tu. Tapi benda ni semua free. Just give your answer that what they want, lepas tu tunggu. Berbaloi kot! Kalau beli sendiri, dalam seratus lebih. Tak ke okey tu? Ada orang bagi free free je. Aku bersyukur sangat. Disebabkan ramai sangat yang hantar penyertaan, diorang main select je nama. And yang paling syok, contest ni bertaraf international. Aku bertuah sebab dapat. Why not kita cuba? HAHA. So happy!


Kalau korang nak cuba *Korean brands biasanya sesuai untuk unisex*, lelaki dan perempuan boleh la ke laman web Seoul Summer Sale 2012, cuba sendiri. Mungkin korang yang layak menang. Siapa tahu? Setiap produk tu perlukan 20 orang pemenang. Semuanya 60 orang. Lepas ni ada lagi contest ni. Komen je fasal barang kosmetik dari Korea. Aku tak dapat hadiah yang aku nak tu, tapi aku dapat yang lain. Aku tak kisah pun. Aku lagi suka. Sebab ada something yang aku nak. So, thanks to Seoul Summer Sale for selecting me as the winner! ^^ 


Lagi satu event, cuba berbelanja dekat Korea sekurang kurangnya 100,000 Won, bersamaan dengan RM280.00. Itu pun kalau korang ke Korea la.. haha. Lepas tu bayar guna China Union Pay card, then snap gambar receipt barang barang yang korang beli, upload dekat website Seoul Summer Sale. Hadiah, 2 tiket untuk 2 pemenang ke South Korea, Super Junior's album *Acha* yang ada autograph SuJu, The Face Shop Sseal : Escargot SET untuk 10 pemenang, $15 iTune cards untuk 20 pemenang. So, kalau korang dah ke Korea sebelum 29 Julai, cepat hantar penyertaan! Siapa tahu kalau korang yang dapat tiket penerbangan tu! :D



The second story, I wanna tell you my new hobby. Korang tahu tak Big Bang? Bukannya filem atau drama, tapi Kpop group. Diorang ni sangat famous. Macam biasa, minat aku terarah pada South Korean artists. And most of all, I love Kang Daesung so much! Really! Dah lama aku suka Big Bang, tapi takde la segila sekarang ni. Aku start falling for Daesung masa tengok Big Bang dalam Infinity Challenge 2011. Aku memang suka lelaki yang berambut macam dia masa promosi Tonight last year. Dah la dia asyik flip kan rambut dia. Hahaha! Sebab tu la aku TERsuka dekat dia. Tapi, sebab tak sengaja ni la yang buat aku semakin suka dekat Big Bang. Suka Daesung, GD, TOP, Taeyang and Seungri. I heard they're going to Malaysia! Must be there! 


Album baru diorang yang keluar Mac lepas memang cool habis. The best! Blue, Bad Boy, Love Dust, Ain't No Fun, Fantastic Baby and Wings *Daesung's solo* really catching my heart. Their mini album, the sequel of Alive, Still Alive. Dalam Still Alive, ada lagu Monster, Still Alive, Ego dengan Feeling. Kalau tak silap aku la. Aku follow Monster je dalam Still Alive. MV Monster tu agak pelik, but ceritanya fasal boyfriend girlfriend je. ^^ Tapi lagu lagu ni bagi aku banyak inspirasi. Ear catching! Haha. Suka tengok Daesung. Makin lama, makin handsome. I love you, man!

Top to bottom; Daesung <3, Taeyang, G Dragon, TOP and Seungri. ^^ Cr : Google

He is Kang Daesung! :) Cr : Google

From left to right; TOP, Seungri, Taeyang, Daesung and GD. Alive 2012! :D Cr : Google


Lagi satu, kisah Power Rangers. Korang tau kan, aku ni beria ia nak tengok Power Rangers tapi taktau time bila disiarkan. Last week, dapat jugak aku tengok. Best gila! HAHA. Power Rangers Samurai, TV2, pukul enam petang setiap Sabtu. Aku nak tolong orang yang seangkatan dengan aku. Nak tengok, tapi taktau bila on air. So, aku tolong laa.. :D


Oh, ada satu lagi! Tahu tak The King Of Kpop *orang kata laa, bukan aku*, dah buat comeback? Nak tau siapa? Super Junior. Album diorang bernama 6 Jib. Nak tau apa maksud 6 jib ni? Maksudnya 6th album. Jib tu album. Ini album keenam Super Junior. Believe me, those songs really refreshing. Cubalah dengar! Then you'll like it. Good luck to Super Junior. Without them, I might still doesn't know what is Kpop. :P Listen to their track, Sexy Free & Single. :D




Okey laa.. aku wish good luck untuk korang yang nak masuk contest yang dibuat Seoul Summer Sale tu. Malam semalam Nisfu Syaaban. Aku harap segalanya baik baik untuk tahun berikutnya. InsyaAllah. See ya soon guys, insyaAllah. Assalamualaikum. ^^