Boys And Girls

Sunday, 1 January 2012

Demok, Kau Nak Apa for 2012? :P

Assalamualaikum w.b.t.


Dush dush *bunyi bunga api*! Seronok nampak? Seronok eh sambut tahun baru? Apa yang seronok sangat? Meh la share dengan Ila. As for me, biasa je. Sedih ade la. Maklum la, dah nak tambah satu angka kat umur ni. Haa.. tak syok la kan. Tapi, sebagai hamba Allah SWT, Ila bersyukur sangat, sebab Ila masih lagi boleh bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah. Korang join tak countdown tadi? Suka hati la. Haha. :P Ila pun pernah apa pergi dataran nak sambut new year. Seriously, just once. Ila tak suka la pergi tempat yang bersesak sesak, ramai orang. Nak je Ila pijak sorang sorang. Masa Ila pergi konsert Jom Heboh tahun tahun sebelum ni, dengan tak sengaja, terpijak pulak tangan orang. Siapa suruh parking tangan merata rata. Haha. Sorry la, Ila tak sengaja. Masa tu Ila pakai high heels. Cuba bayangkan! *HAHAHAHAHA*


Kalau tahun baru, azam tu sinonim la dengan awal tahun cenggini. Ye tak? *Betul, betul, betul!* Masa kecik kecik dulu, zaman sekolah rendah, Ila mesti nak berazam. You know, Ila taknak la hidup tanpa goals. Haha. Nak tau apa? Nak belajar rajin rajin, so that boleh dapat nombor satu dalam kelas, nak jadi budak baik yang tau belajar je, nak baca buku la.. and so on. Korang tau tak, azam tu sama je tiap tiap tahun! Hahahahaha.. azam masa umur tujuh tahun, bawak la ke lapan tahun, sembilan tahun, blablabla.. Tapi, bila dah semakin bertambah umur *especially bila dah masuk tingkatan empat and lima*, Ila rasa macam 'baik tak payah aku ada azam'. Bila bila pun boleh berazam. Right? Ohh, ini bukan nak drop orang yang rajin berazam. This is something yang Ila share kan pasal diri sendiri.


Dalam hidup Ila, Ila ada 'impian sepanjang hayat'. Impian sepanjang hayat ni, sama la macam long term goals. Ila tak tetap kan, dalam tahun ni Ila nak itu, ini. Tak, tak. Impian Ila yang paling utama, nak jadi hamba Allah yang selalu taat pada DIA and anak or adik yang mampu ringankan beban kakak and abang dia. Ila nak sangat tolong adik beradik Ila. Honestly, Ila bukan orang kaya yang parents diorang boleh belikan Chevrolet or Ferrari masa birthday diorang. Tidak sama sekali *baca dengan riak serius*. Lepas tu, baru fikirkan diri sendiri. Termasuk la nak ada kereta yang diidam idamkan. Ada la dua tiga jenis. Haha! Then rumah yang awesome. Tak kira la terrace or condominium kan.. Asalkan rumah. :P Lepas tu, nak bawak abang and kakak Ila pergi Mekah. Menunaikan ibadah haji. InsyaAllah. Kalau diizinkan Allah. *Banyaknya impian yang Ila share! Tak boleh jadi ni! Yang lain, biarlah rahsia. See? Banyak sangat untuk di achieve dalam setahun adoi nye pun. Mesti kejar la goal ni semua!




Mercedes SLR McLaren gold.. Ila memang suka sangat model ni. Sangattt! My dream car! Ila taktau la pulak apa nama betul model ni. Yang Ila tau, Mercedes SLR McLaren. Gold. Kalau tak suka, Ila ada second choice. Mercedes jugak! Haha.. :P



Mercedes Benz McLaren SLR Roadster. Idaman jugak!


And.. Mercedes-Benz SLR McLaren. Grey. :D Nak, nak, nakkkkkkk!!! **Kalau tak dapat pun takpe. Hahaha! :P Kereta biasa pun dah okay. And, I love Toyota Camry!!! :D

Untuk orang yang bermula dari '0', agak mustahil untuk ada semua yang di atas dalam masa setahun je. Percaya ke tak? What?!! Tak percaya? Maybe you all anak orang kaya. Siapalah aku~~ hahaha.. Kalau tak percaya, sila lah percaya. Maybe try kosongkan poket, duit dalam bank, then try la beli tu semua. Oh lupa! Cash and carry. Bukan hutang hutang. Hahaha! :P Boleh ke tidak? Sila la share kan pendapat anda di ruangan komen. Kidding!


Kalau nak jugak suruh Ila berazam, boleh. Takde hal. Ila nak melancong dengan So Ji Sub. Gitu.. boleh? Kalau tak boleh, nak berlakon dengan Seo Ji Seok. Haa.. macam mana adoi nye pun? Kalau tak boleh melancong dengan Seo Ji Sub, bagi la Jared Leto pegi vacation dengan Ila. Tiga hari pun dah okay! Hahaha.. demand tak? Or else, main piano dengan Daniel Choi. Seminggu. Tolong booking. Great idea! Right? Tak boleh jugak?! Kalau nak duet dengan Lee Hong Ki, rasanya boleh tak? Boleh la eh? Eh, eh?Ni option terakhir. Nak memasak dengan Kim Jae Jong! Tolong jang kata TIDAK! Sebab ni la impian paling penting dalam hidup gua. Haha. Memain je. Hihik. Nak ke Korea or Hollywood cari diorang? Ish ish ishhh.. Kalau ikutkan, nak je Ila jadi the 10th member of Girls' Generation. Hahahahaha! Okay kan? Awesome. Kan Ila dah kata, Ila memang awesome.



Nak main salji dengan Lee Hong Ki. Hehe. *His twitter update on 2011*


My Jared Leto! Hugo Boss.

Sooooooo manly! Love him! Seo Ji Sub! Dah la seksi! Lalalalala~ :P **Now, Ila suka lelaki yang manly or masculine, bukan yang jambu jambi! Haha. Kalau jodoh, terima seadanya! Hihik! 

Anyway, selamat tinggal 2011, and selamat datang 2012. Okay la, sampai sini je. For 2012, Ila nak siapkan novel and Ila harap novel Ila boleh dicetak, diterbitkan. This is my hobby and my life. Ila memang suka menulis. Since Ila bebudak lagi. Heee.. hope you guys boleh bagi komen. Tak kisah la pedas ke, pahit or manis, Ila terima dengan hati yang terbuka. As long as ada orang bagi komen / kritikan, Ila takkan berhenti belajar and Ila takkan berhenti menulis. Sebab kritikan tu semua bakal jadi sumber kenapa Ila nak terus menulis. ;) Okay. Till we meet again, insyaAllah, take care. And I love you~ 

Psstt.. Pictures from Google. I love the onion head emoticons. Haha. So cute. Look at their hands! And their body, their face expressions! HAHAHAH! :D

No comments: