Boys And Girls

Monday 30 April 2012

Air Kelapa Ajaib

Assalamualaikum. 


Halowwwww!! Apa khabar semua? Sihat? Macam biasa, aku tak reti nak buat intro berbunga bunga segala. Kalau buat karangan yang guna skema tu, insyaAllah boleh. hahaha. So, mari ikut saya! Kita tengok siapa yang kena. Hahaha. Salah ayat lak. Itulah, aku dah kata. -,-


Air Kelapa Ajaib? Tajuk nak pelik pelik je, kan? Hahahaha. ^^ Bukanlah. AIR KELAPA LAUT. Itu yang sebenarnya. Aku bet, mesti korang semua pernah minum air ni kan? Maksud aku, orang yang tak suka try something yang baru or rasa air kelapa laut ni pelik tak pernah minum air ni. Aku tak tau la nak cakap macam mana rasa air ni. Sebab mostly, rasa dia plain. Kosong. Bukannya macam air kelapa muda yang banyak tertanam dekat rumah kampung aku. Tapi, nak katakan plain sangat tu tak jugak. Entah la, korang mesti faham kan macam mana rasa dia? Hahahahaha.. :P Warna pulak, macam air buah mata kucing. Kalau tak pernah rasa lagi, aku cadangkan korang untuk cuba air ni. Takde pelik aihhhhh.. Biasa je. Baik untuk kesihatan. Nanti aku bagitau apa khasiat air kelapa laut. Wiki wiki! Sila baca.



Sea coconut. I got this photo from Google. Thanks to the original owner. ^^



Beberapa hari lepas, aku balik dari jalan jalan. Masa nak balik tu, ada la dua orang brader tengah kira kira duit sambil masukkan air kelapa tu dekat dalam plastic cups tu kan. Ada customer. Sorang je dah beli tiga empat cawan. So, aku pun datang dekat. Warna memang gelap habis. Ada chance yang rasa dia pun sedap. So, aku try. Mahal jugaklah. Cup kecik je, dua ringgit. Kalau dekat Ipoh, dekat Politeknik Ungku Omar, sebelah masjid tu ada lori jual air. Plastik dia memang besar gedabak. Harga, seringgit. Bila aku balik je dari kelas, mesti kaki aku ni bawak aku ke sana. Hahahaha.. kira okey apa. Kita penat penat jalan, boleh pulak minum air tu. Aku takde la suka sangat air kelapa laut ni. Aku suka kelapa darat lagi. hahahaha. Bila aku dah bayar, aku try rasa. Ya Allah. Mahal pun tak apa. Memang sedap. Aku tak rasa rugi. Setakat ni, apa aku boleh kata dekat tempat tu je yang jual air kelapa laut paling osem. Eh.. awesome. Hahaha.


Nak tau tak apa kelebihan and khasiat kelapa laut? Jom tengok bawah ni!


Kelapa laut atau nama saintifiknya Borassus Flabellifera ialah sejenis pokok palma yang juga dikenali sebagai pokok tal, lontar, tah, tai, ental, dan etal. Pokok kelapa laut biasanya terdapat di negara negara Tropika seperti Thailand, India dan Afrika. Di Malaysia, buah ini dikenali dengan nama buah lontar dan terdapat di kawasan pedalaman.



Khasiat dalam bidang perubatan, sila tengok SINI. Malas nak menaip la katakan. Terima kasih untuk pemilik blog ni. And macam yang kita selalu dengar, air kelapa laut baik untuk melegakan panas badan, demam and boleh tolong hilangkan batuk. See? Batuk aku pun dah berkurang. Sebab tu aku kata air kelapa ajaib. Hahahahaha. Lupa pulak. Lagi satu evidence yang kelapa laut ni boleh hilangkan batuk, cari ubat batuk kelapa laut Afrika. Hahaha. :D



Okey la. Got to go. Take care semua. Thanks sebab sudi baca. Aku berkongsi ni untuk kita semua. Semoga kita sama sama dapat manfaatnya. InsyaAllah. Assalamualaikum everyone. ^^




P/S : Mood layan One Direction dengan lagu lagu diorang, A-CHA by Super Junior, Mr. Taxi, Baby Baby, My Child from Girls' Generation and I Hope by FT Island. Still loving the old songs. So fresh! :PPP

Saturday 21 April 2012

When Weekends Coming To Say Hi, I've Caught By Fever

ASSALAMUALAIKUM semua.


Apa khabar semua? Sihat? Hope semua sihat. Aku demam la. Demam plus selsema plus batuk. Dah tiga hari dah. Ya Allah, sengsara betul. Nak tidur pun susah. Siap sakit gigi lagi. Aduhhh.. tapi tak apalah. Allah nak kurangkan dosa-dosa kecik kita. InsyaAllah.


So, weekend ni buat apa? Aku takde buat apa-apa pun. Rasa nak tidur je. Nak bangun pun tak larat. Nasib baik aku boleh meniarap atas lantai, lappy pun atas lantai. Sobs..


Google's photo.


Okey, okey. Actually, aku nak share kan dengan korang pasal application terbaru Mozilla Firefox. Tapi tak adalah baru sangat. Entry ni khas untuk SONES *SNSD fans* yang belum tau pasal application tu. Muka depan Mozilla Firefox plus search engine baru ni diberi nama GG. Aku pun tak sure. Actually, Brand Thunder tu tempat nak dapatkan theme untuk Firefox tu. Kiranya, just theme la. Still, awesome. Tapi, kenalah install dulu plugins tu. Nak tau jadi macam mana Firefox bila kita install plugins tu?


Taadaa!


Cantik tak? Hahaha. Aku sukaaaa!!
For bigger scale, open link in new tab. Bukan open image. hahahaha! :P

Kalau korang nak buat jugak, aku bagi link. SINI! Ingat tawwww, just available untuk Firefox. Nampak cantik aku punya Firefox. Hahaha! Dah la pink. Best aku cakap. Ada gambar GG's members, ada carian untuk GG. Kiranya kita tak payah search la. Dah memang ada berita berita pasal diorang. Best, best!


Anyway, ini untuk korang. ^^ Enjoy!! *Walaupun lagu ni dah lama. :)





Okey la, aku teringin nak makan sandwich. So, aku nak buat sendiri. Sobs. Terpaksa la. Kang siapa la nak buatkan untuk aku. hakhakhakhak~ Buat sendiri la. Till we meet again, assalamualaikum. Jaga diri baik baik tau. Jangan sampai demam macam aku yang comel ni. hahaha. Kidding, kidding. Take care semua. Love ya!

Friday 13 April 2012

Apa Cerita?

Assalamualaikum semua.

Hai blog, hai pembaca blog, hai followers yang ada enam orang, hai dunia. Hai semuanya sekali. Hahahaha. Poyo tak habis habis. Kan? Alaa.. jangan la raba. Aku gurau je. Tihtihtihtih~ raba?!! What the fish..? Mesti ada yang kata aku kegatalan. Bukan gatal macam gatal hidung and mata yang aku selalu dapat lepas makan udang plus sotong. Bukan juga miang terkena buluh betung atau buluh lemang. Sebenarnya, masa aku dekat tingkatan empat, aku selalu bukak KAMUS DEWAN. Kamus yang besar. Kamus Bahasa Melayu yang menerangkan maksud perkataan yang kita guna pakai. And RABA means MARAH. Okey? Bukan tangan menjalar. Terkejut, kan? Tapi tak tau la kalau dah tak bawak maksud yang sama lagi. And satu lagi, janda. Janda means lelaki yang dah takde wife. Korang pernah tengok Do Re Mi, kan? Lakonan Allahyarham P. Ramlee. And, dalam cerita tu, they told each other that they are janda. It's not wrong at all! :D Ahaaa... Ehemm~


Jamie Oliver? ^^


Dah lama kan, si puteri ni hilang? Hahaha. Burppp~ saje je hilang. Nak bagi orang rindu dekat aku. Rindu tak? Rindu tak? Tak tau? Okey, okey. Stay statik. Tegakkan kepala. Then angkatkan dagu ke atas. Turunkan dagu. Buat laju laju. Stop. Thanks sebab rindu aku! Awkwkwkwkw~~ Aku sebenarnya takde benda nak cerita. Akak aku takde kat rumah. Dia ke Sarawak. Office punya hal. Best la! Esok baru dia balik. Doakan dia selamat sampai kat rumah. Amin..


So, nak dijadikan cerita, kaki aku dah dua hari sakit. Tegang urat, otot. Sebab aku temankan kakak aku pergi beli barang nak pergi sana. Seharian. Repeat after me. Seharian. Sakit wooo! Tapi, tak membataskan hidup aku. Aku boleh lagi berenang atas tilam, bangun dan melakukan perkara yang patut seorang manusia lakukan. Hahaha. Apa apa pun, alhamdulillah. Sebab aku masih hidup. 


Apa lagi, ya? Oh! Tadi disebabkan kelaparan yang amat sangat, hujan, aku pun masak la ramyun. Ramyun.. alaaa.. orang Korea kata Ramyun, orang Jepun kata ramen. Kita kata? Mi segera. Aku ikut la cara orang Korea buat kononnya. Sama je sebenarnya, just tambahkan daun bawang je pun. Spring onion sebenarnya. Seriously aku tak pernah buat. Kalau letak ayam, udang tu aku selalu la buat. Patut la diorang suka letak green onion, sedap rupanya. hahahaa. Memang. Memang aku tak pernah makan! Tu yang entah apa apa sampai nak letak dekat blog. Nikmat, nikmat. Ahahahaha~


Girls' Generation's Samyang Ramyun CF. Dulu dulu~ ^^


Disebabkan aku cakap pasal makanan, aku ni suka tengok rancangan yang masak masak ni. Aku suka tengok The Martha Stewart Show, 5 Ingredients Fix, 5 Rencah 5 Rasa, shows masakan Chef Wan and so on. Kalau kahwin dengan aku, jangan complain gemok. Perasan. kahkahkahkah~. Gurau, gurau!! Aku ingat lagi, dulu aku selalu tengok cerita sorang chef ni. Terror weh dia masak. Sekejap and simple. Masa tu aku tingkatan 3 kot. Baru baru ni, time aku tengah tengok satu rancangan tu, aku teringat la kat chef tu. Ya Allah, time time camni la nak lupa. Jenuh aku perah otak. Search. Lepas berkali kali cuba, aku ternampak nama Jamie Oliver. Klik. Jyeahhhh!! Betul la Dol. Memang dia. Hahaha. So, aku nak try la lepas ni. Aku suka dia! hahahah! Nanti, silalah Google pasal dia. Malas nak share. Apa aku nak cakap, aku suka cara dia! Weehoo! Tu haaa.. salah satu rancangan dia. Jamie's at Home. Buah and sayur semua dari kebun dia sendiri. Jeles aku!! Hmmphhh~


Oh, oh, oh~~ Lalalala~~ Eating spicy fried squid? Yummy!


By the way, aku tengah tengok The Greatest Love dekat 8TV. Tak sangka best. Haha. Aku sukaaaaaa! Awww!! Sweet, sweet. Macam gula gula kapas. Aummm!! Nak Cha Seung Won! hahaha. ^^ Oppss.. Oh! Aku suka OST cerita ni. One of them, Thump Thump ( Dugeun Dugeun ) by Sunny Hill! Awesomeeeeee!! *Getarkan sikit bila sebut someeeee tu. Hahaha. :P Pi dengar, cepatttttttt!! 




So, itu jela. Take care semua! Assalamualaikum. Lotsa love. Thanks for reading. And, doakan aku dapat terbitkan novel aku. Amin.. hehehehe. Thanks semua. <3 Satu lagi, photos are from Google.

Tuesday 3 April 2012

My Childhood Heroes

Assalamualaikum!


Hai semua! Apa khabar? Sihat? Aku sihat, alhamdulillah. Kesejukan. Maklum la, hujan turun almost setiap hari. Tapi best jugak. Kalau tidur, sejuk jeeeee.. hehehe. Aku suka hujan, aku suka bau hujan. Air hujan sejuk. Aku rasa macam seronok je bila aku tadah tangan main dengan air hujan. Hahaha. Dah, dah.


Cuba fokus pada tajuk dekat atas ni. Teehee.. hero zaman kanak kanak aku? Hahahahaha.. nak tau? POWER RANGERS! Perempuan suka Power Rangers? Yup! Aku suka Power Rangers. Hahahahaha.


Latest. Power Rangers Samurai. I'll find you guys! Hahahahaha. Nak tengokkkkk! Tengah siar kat TV2 kot. Tihtihtihtih.. not sure either.


Aku ni lahir awal tahun 1990an, so memang tak pelik la kalau aku sukakan cerita cerita tu semua since Power Rangers pun mula keluar dekat TV masa tahun 1990an. Tahun 1993 sampai 1995, Mighty Morphin Power Rangers. Aku tak tengok yang ni. Hahaha. Kalau aku tengok pun, bukan paham. Masa tu aku kecik lagi. Entah entah tengok, tapi lupa. Hahahahaha.. so, yang first sekali aku tengok, Power Rangers Turbo. Fuiyooo! Power la masa tu. Ada robot robot. Masa tu, tahun 1997. Sebelum tu, ada Power Rangers Zeo, tahun 1996. Then, canggih sikit, ada Power Rangers In Space ( 1998 ), Power Rangers Lost Galaxy ( 1999 ), Power Rangers Lightspeed Rescue ( 2000 ), Power Rangers Time Force ( 2001 ), Power Rangers Wild Force ( 2002 ), Power Rangers Ninja Storm ( 2003 ), Power Rangers Dino Thunder ( 2004 ), Power Rangers S.P.D. ( 2005 ), Power Rangers Mystic Force ( 2006 ), Power Rangers Operation Overdrive ( 2007 ), Power Rangers Jungle Fury ( 2008 ), Power Rangers RPM ( 2009 ) and Power Rangers Samurai ( 2011 ).


Kalau korang perasan, cerita ni kelua ikut tahun? So, dalam banyak banyak ni, aku dah tengok Power Rangers Turbo, In Space, Lost Galaxy, Lightspeed Rescue, Time Force, Wild Force and Ninja Storm. Tapi tak habis pun tengok Ninja Storm. Tapi, semua ni ditayangkan dekat TV2. Pukul lima or lima setengah petang. Aku tak pernah missed pun tengok siri ni. Yang lain tu aku tak tengok sebab aku dah masuk sekolah  menengah, dok asrama. So, tak dapek la nak nengoknyeeeeeeeeeeeeeee.. ;(

Lightspeed, Rescue! :P


Power Rangers, Time Force!


Power Ranges Mystic Force. Macam best! Nak cari la nanti. ^^ Kostum pun macam cantik.


Dalam banyak banyak siri ni, aku paling suka Lightspeed Rescue, In Space and of course la Wild Force. Hahahahaha. Aku suka jugak yang lain. Tapi, those three stood up more la pada aku. Aku paling suka red rangers. Lightspeed Rescue - Wesley, In Space - Andros and  Wild Force - Cole. Awwww!! Mak suka, mak suka! Kahkahkahkah.. aku paling suka tengok muka Andros. Stylo je masa tu. Handsome. Then, Wesley. Best. Hahahaha. Cole pun handsome jugak. Tapi aku paling suka kostum Wild Force! Hahaha. Comel sangat. In the same time, nampak smart and fierce. Serius aku suka. Lepas lepas tu makin canggih la kostum diorang, Samurai, Jungle Fury semua tu. Tapi, bagi aku, Wild Force jugak smart. Power Rangers pink jadi putih, tapi ada la line line pink dekat kostum tu. Aaaaa! Comel!



Dua gambar ni mesti la Wild Force. Nampak tak *apa tu? Helmets? Masks?* tu? dekat bahagian kepala diorang. Buung, jerung, singa, etc. Cantik! Aku suka tengok kostum diorangggggg! Siap ada line lagi. Hehehe.

Yang ni pun Wild Force. Cuba tengok depan ni, si Cole, Wild Force's red ranger. Masa ni diorang yang dari siri siri lepas tolong Cole kalahkan raksasa. Lupa laaaa.. hahaha. Tapi episod ni la yang paling cool aku rasa. Hehehehehehe ^^

This one.. Power Ranges In Space. Ada kotak kotak kat dada. Teehee..


Entah la. Aku memang in love dengan Power Rangers. Yang baru baru ni tak tengok la since aku dah besar. Bila tengok, feeling dah tak sama. Takes time untuk aku rasa perasaan yang dulu tu. Now, aku lebih cenderung tengok Korean dramas, love stories konon nye and so on. Mana kartun or cerita cerita camtu? Tak ada. Oh, rindunya. Rupanya, about ten years has been passed. I'm thinking that I'm old, but not. And I'll try to watch this kind of TV series again. Aku tau, mesti ramai yang tengok Power Rangers, kan? Kehkehkehkehkeh~~


Eh, aku sakit gigi la. Nak tidur. Photos are from Google. Okeylahhhhhhh~ selamat malam semua. Assalamualaikum. <3<3<3

And this my hero, for now. Hehehehhee.. love you Kim Jae Joong!! <3