Hi readers! ;) Rindu nye kat Heechul. Even dia tak pernah reply tweets you? Yeah! I still love him. Ila bukan suka sebab dia reply tweet Ila ke, or something like that. Ila memang suka diorang. HAHA. Dah nama pun Ila suka kpop. Muehehehehe~ Now Heechul, Bi Rain and Hyun Bin sedang menjalani military service. Take care loves! :D Diorang military service, Ila pulak pernah join national service. Tau tak? Baca la kalau nak tau. :D *Sorry kalau panjang sangat. This is the diaries. The diaries. Diary mesti panjang. Right? Haha. :P
Somewhere in 2008
One text message received from Syahmi
"Ko dah check PLKN? Aku dapat. Hahaha." - ayat lebih kurang la. Tak ingat ayat sebenar.
Reply,
"Belum. Yeke? Nak check jugak. :D" - Sent
One text message received from Syahmi
"Bagi la nombor IC ko."
Reply,
"910313 XX XXXX"
One text message received from Syahmi
"910313 XX XXX. Tahniah! Anda terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara!"
Ila tanya la macam mana nak check, nak bagi kawan kawan check. HAHA. And, sorang classmate dapat. My hostel mate, kawan dari kecik la tu.. pun dapat! Okay, confirm tiga orang. Then, sorang kawan lagi dapat. Dah empat orang. After few days, dapat surat pulak. Kitorang semua dapat kat tempat yang sama. Kat mana? Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang Selangor. Jauh jugak. Dengar orang cakap, PLKN tak best. -_- Rasa macam malas gila nak pergi. Syahmi, kawan Ila masa kecik jugak. Dia dapat kat Kem PLKN Kuala Kubu Baru. Dekat je, but never got the chance to meet. *sigh* Sebenarnya, Ila pun tak sure kat mana dia dapat. Wahahahaha! Erkk.. Temasya Rimba? Hutankah?
Okay, dapat panggilan pertama. Means, Kumpulan 1 Siri 6 / K1S6. Berdebar ada, takut ada, and seronok pun ada. Yela, banyak pulak kisah cinta contract PLKN. Haha. So, how would it feels? Zaman mentah lagi masa tu, mesti la lebih eager and curious daripada sekarang. Tiga bulan nak tinggal kat dalam kem yang Ila sendiri taktau kat mana, macam mana rupanya and takde family nak temankan. Kena hidup dengan kawan kawan and maybe jadual yang sangat ketat. Tinggal dalam peraturan yang menakutkan and macam tentera. That's what I'm imagined of.
Somewhere in December 2008
Pagi pagi lagi dah kena berkumpul kat Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Then, kena pegi tempat pendaftaran. Bagi borang, laporan kesihatan *kalau sakit*, and daftar kem mana yang kita dapat. Seingat Ila, kitorang kena pakai red ribbons kat lengan untuk bezakan pelatih from different camps. Ada blue ribbons and so on. Haha. Senang je. :P Lepas tu, naik bas. Bertolak ke camp masing masing.
Sampai je kat kem, kitorang kena berbaris. Ambil nombor bilik. Haha. Nombor dorm laaa.. :P Ohh! terpisah pulak. Imra, Ain and me dapat lain lain dorm. Ain dapat dorm D1, Ila D2 and Imra dapat dorm B. Lupa la. B1 or B2. -_- Haha. Rupanya.. A, B, C and D tu nama company kitorang la! Company? Bukan syarikat. HAHA. Susah nak cakap. Kumpulan kot. Kalau kumpulan, kecik sangat kot dalam bayangan kita. Satu kumpulan yang besar kot. Hehee. A stand for Alpha, B is for Bravo, C for Charlie and D is forrrrr.. Delta! Okay! I la Delta tu! :P
This is the start of the new chapter of my life. Ya Allah, I cannot tell you guys with words, with reaction neither with laugh. The sweetest and bitterest memories that peoples' can't tell. Bukan taknak bagitau. Tapi, tak mampu macam mana nak gambarkan kenangan masa tu. Ni just intro je. Bila Ila free, Ila sambung lagi entry ni. :) Kalau nak habiskan dalam satu entry, lima puluh muka surat buku teks sekolah pun takkan habis. Ila nak share kan pahit manis Ila dalam PLKN untuk adik adik yang bakal join PLKN ni. And, untuk pelatih yang dah lepas. Are we sharing the same memories? The same tears? Just look forward for my next entry. InsyaAllah.
Bukan nak buat drama bersiri. Haha. :D Wait for that! ;) Okay, have a nice day and selamat pagi! HAHA. ;) Selamat bekerja. Semoga dirahmati Allah SWT. Amin.. And untuk December babies *lahir bulan Disember*, happy birthday. Wish ni beroperasi sampai December 31st. Haha. Wish untuk semua! ;) Thanks for dropping by! Love love love.
*****Next year, 2012. I'm 21 years old. Old enough. There's so many things left to do. Semoga dipanjangkan umur. Amin.. Gambar kem : Google, my collection and friends'.
No comments:
Post a Comment