Boys And Girls

Friday, 21 September 2012

The Moments That Wouldn't Forget

Assalamualaikum.


Hai anda semua yang cantik cantik dan yang kacak kacak. Selamat hari Jumaat. Sebenarnya aku malas nak hapdate ni. Tapi nak buat macam mana kan? Dah ada blog tu, kenalah guna. So, aku nak sambung alkisah aku kerja dengan kawan kakak aku dekat Lorong Haji Taib tu. HAHA. Semacam je. Dekat Bazar Ramadhan Chow Kit actually. Bukan ke Lorong Haji Taib tu memang dekat Chow Kit? So, sama jela kan? Hehehe.


Somewhere in 2010.


1 RAMADHAN
Aku memang kena duduk rumah Abang Kak Ira, Abang Wan sebab time balik kerja memang lambat. Takkan aku nak naik cab pulekk kan? So, dok rumah Abang Wan. Abang Wan ni dah berkeluarga, so semua dah ready. Maklum la, ada bibik. 1st Ramadhan, kitorang belum start kerja lagi. Setakat bukak bukak stok baju and nak gantung je. Buat kerja tu sepanjang hari you all. Petang tu, dalam pukul empat lebih, aku dengan Kak Ira tidur dulu, sebab malam karang nak kemas kedai pulak. Yela, orang lain dah bukak kedai, kitorang je antara yang terlambat. Tidur sampai dekat dekat nak berbuka.

After berbuka and solat Maghrib, kitorang siap siap nak pegi kedai atau tapak yang Abang Wan dah sewa. So, kena bawak baju baju yang dah di-hanger masuk dalam kereta. Actually, ada buat banyak trip hantar baju tu. Baik punya banyak sampai penuh kereta. Dah last trip tu, aku dengan Kak Ira ikut sekali. Sampai je Chow Kit, aku nampak pekerja pekerja Abang Wan tengah sibuk gantung-gantung baju. And kitorang pun tolong sekali. Tunggu punya tunggu, dok sangkut baju, sampai pukul empat lebih. Empat pagi, bukan petang. So, bersambung ke 2nd Ramadhan.


2 - 20 RAMADHAN
Sampai je rumah, dalam pukul lima terus je sahur. Tidur pun tak cukup, sebab lepas tu kitorang kena masuk kerja pukul 12. Ehemm! Masa mula mula ni ada orang hantar. hehehe. Then, rutin harian pun bermula. Masuk pukul 10 atau 11, balik pukul 12 malam. Letih tak letih la, sebab dah seronok keje. Bila customer nak beli baju yang kita jual, rasa puas hati. Especially bila dia nak beli satu, tapi last last dia beli dua. Kena la pandai guna psikologi. HAHA. Masa tu la macam macam jenis orang aku jumpa. Memang mencabar keimanan aku. HAHA. Jenis yang dah murah nak murah lagi paling banyak aku jumpa. Bila aku kata tak boleh, dengan selamba rampas plastik dekat tangan aku and bayar ikut suka. Sebab tu la aku takkan packing selagi dia tak bayar. Lipat dulu. Hahahaha. Siang, tak boleh makan, kannn? Hehehe. So, memang penat. Lagi lagi bila balik naik monorail. -,-

Masa tu, ramai sedara mara wife Abang Wan ni, Kak Mar, yang pakai BB. Blackberry. Sibuk BBM je semua. Dulu, memang aku nak sangat BB ni. Lepas tu, aku nak iPhone. Haha. Tapi masa tengok diorang asyik BBM je, aku pun teringin. Hahahaha. Sampai nak ambik advance kot. Ingatkan tak dapat. So, 5 Ogos 2012, BB Bold warna putih sampai ke tangan aku. HAHA. Bold 2 je. Murah. Sebenarnya aku nak Curve, lagi jimat. Tapi nak buat macam mana.. dah orang belikan. HAHA. So, lebih daripada separuh gaji aku kena  potong. Kak Ira sekali eh. AHAHAHA. Tapi Kak Ira's warna hitam. And sadis bila button P BB aku dah hilang. Bengang gila!


21 - 27 RAMADHAN
Haaaa! Yang ni la aku nak cerita. Aku kerja malam wehhhh! Pukul 10 malam sampai sepuluh pagi esoknya! Cool kan? HAHA. Kerja malam best sebab boleh makan, minum. Tapi first dengan second day keje tu aku agak pening. Sampai dah nak demam. Yela, baru first time kerja malam. Orang pun tak ramai time malam sampai pagi tu. Tapi pernah sekali tu, sampai pukul 4 lebih ada je orang datang nak shopping. -,- And aku dengan Kak Ira almost tak sempat sahur for few times. 

Bila kerja malam ni, jiran jiran tetangga datang melepak. Lelaki je mostly. Mana ada perempuan yang kerja malam. Kalau ada pun, diorang stay up tapi tutup kedai. Tidur dalam kedai. Tapi lelaki pun bukannya jenis yang tak semenggah tu. Mostly diorang dah kawen and muda daripada aku. So, takde timbul menggatal ke apa. Diorang datang nak duduk makan makan and dengar lagu je. Sebab kedai Abang Wan la kedai yang paling lengkap. Ada counter, mesin duit and complete set untuk DJ-ing. HAHA. 27 Ramadhan hari akhir aku kerja. End of story.




Lepas aku kerja dengan Abang Wan and Kak Mar ni, baru aku sedar. Sebenarnya kerja macam ni lagi penat, lagi letih, lagi susah. Serius tak tipu. Biasanya kalau aku pegi bazar bazar tengok macam senang je kerja jual baju ni. Apa yang susah? Jual jela. Padahal sangat meletihkan. Nak ambik stok dari stor lagi. Berat kot. Nak topup baju baju nak kena jual lagi. Kena kemas kedai. Bila hujan, kena turunkan dinding kanvas tu so that hujan tak kena baju baju. Bila hujan dah berhenti, kena naikkan balik. Kena gulung. Betul aku cakap ni, memang penat. Cuaca yang memang panas. Duh! Ni la first time aku jumpa kerja yang susah macam ni. Bukan mengeluh. Just, tak elok kalau kita tak fikirkan soal peniaga. Kita nak cari salah diorang je, padahal kita taktau macam mana penatnya peniaga peniaga ni. Stok bukannya sikit sikit. Banyak gila. Satu plastik sampah tu. Sehari, kena ambik tujuh lapan plastik. Boleh bayangkan tak?


So, lepas ni, tak payah la pandang serong dekat orang yang jual baju baju kat bazar tu. Mostly, tu just sampingan. Kitorang pun part time je. Sangat susah. Kena guna tulang empat kerat. -,- And aku takkan lupa moment kerja kat sana. Ada juga Indonesian. Tapi diorang tu sedara mara Kak Mar jugak. Minang. Tapi diorang tak kerja dengan kitorang. Just jalan jalan je. Bila Kak Mar datang kedai, diorang ikut la. Borak borak, snap gambar. Hahaha.


So, sampai sini je. InsyaAllah, nanti aku update lagi. Thanks for reading. Btw, aku ada crush on someone, tapi takut nak bagitau dia. HAHA. Yela, tak pasal pasal karang dia ada girlfriend. So, I keep it as a secret. Biar la kawan sampai bila bila daripada aku kena putus kawan dengan dia. Yela, ramai orang macam tu kan. Sebenarnya dah lama. Since aku mula mula kenal dia. Few years ago. Tapi takpe. Aku try stop even dah bertahun tahun aku failed. Hope there's someone for me. The real one. Amin..

Assalamualaikum semua.

No comments: