Assalamualaikum.
Halowwwww!! Apa khabar semua? Sihat? Macam biasa, aku tak reti nak buat intro berbunga bunga segala. Kalau buat karangan yang guna skema tu, insyaAllah boleh. hahaha. So, mari ikut saya! Kita tengok siapa yang kena. Hahaha. Salah ayat lak. Itulah, aku dah kata. -,-
Air Kelapa Ajaib? Tajuk nak pelik pelik je, kan? Hahahaha. ^^ Bukanlah. AIR KELAPA LAUT. Itu yang sebenarnya. Aku bet, mesti korang semua pernah minum air ni kan? Maksud aku, orang yang tak suka try something yang baru or rasa air kelapa laut ni pelik tak pernah minum air ni. Aku tak tau la nak cakap macam mana rasa air ni. Sebab mostly, rasa dia plain. Kosong. Bukannya macam air kelapa muda yang banyak tertanam dekat rumah kampung aku. Tapi, nak katakan plain sangat tu tak jugak. Entah la, korang mesti faham kan macam mana rasa dia? Hahahahaha.. :P Warna pulak, macam air buah mata kucing. Kalau tak pernah rasa lagi, aku cadangkan korang untuk cuba air ni. Takde pelik aihhhhh.. Biasa je. Baik untuk kesihatan. Nanti aku bagitau apa khasiat air kelapa laut. Wiki wiki! Sila baca.
Sea coconut. I got this photo from Google. Thanks to the original owner. ^^
Beberapa hari lepas, aku balik dari jalan jalan. Masa nak balik tu, ada la dua orang brader tengah kira kira duit sambil masukkan air kelapa tu dekat dalam plastic cups tu kan. Ada customer. Sorang je dah beli tiga empat cawan. So, aku pun datang dekat. Warna memang gelap habis. Ada chance yang rasa dia pun sedap. So, aku try. Mahal jugaklah. Cup kecik je, dua ringgit. Kalau dekat Ipoh, dekat Politeknik Ungku Omar, sebelah masjid tu ada lori jual air. Plastik dia memang besar gedabak. Harga, seringgit. Bila aku balik je dari kelas, mesti kaki aku ni bawak aku ke sana. Hahahaha.. kira okey apa. Kita penat penat jalan, boleh pulak minum air tu. Aku takde la suka sangat air kelapa laut ni. Aku suka kelapa darat lagi. hahahaha. Bila aku dah bayar, aku try rasa. Ya Allah. Mahal pun tak apa. Memang sedap. Aku tak rasa rugi. Setakat ni, apa aku boleh kata dekat tempat tu je yang jual air kelapa laut paling osem. Eh.. awesome. Hahaha.
Nak tau tak apa kelebihan and khasiat kelapa laut? Jom tengok bawah ni!
Kelapa laut atau nama saintifiknya Borassus Flabellifera ialah sejenis pokok palma yang juga dikenali sebagai pokok tal, lontar, tah, tai, ental, dan etal. Pokok kelapa laut biasanya terdapat di negara negara Tropika seperti Thailand, India dan Afrika. Di Malaysia, buah ini dikenali dengan nama buah lontar dan terdapat di kawasan pedalaman.
Khasiat dalam bidang perubatan, sila tengok SINI. Malas nak menaip la katakan. Terima kasih untuk pemilik blog ni. And macam yang kita selalu dengar, air kelapa laut baik untuk melegakan panas badan, demam and boleh tolong hilangkan batuk. See? Batuk aku pun dah berkurang. Sebab tu aku kata air kelapa ajaib. Hahahahaha. Lupa pulak. Lagi satu evidence yang kelapa laut ni boleh hilangkan batuk, cari ubat batuk kelapa laut Afrika. Hahaha. :D
Okey la. Got to go. Take care semua. Thanks sebab sudi baca. Aku berkongsi ni untuk kita semua. Semoga kita sama sama dapat manfaatnya. InsyaAllah. Assalamualaikum everyone. ^^
P/S : Mood layan One Direction dengan lagu lagu diorang, A-CHA by Super Junior, Mr. Taxi, Baby Baby, My Child from Girls' Generation and I Hope by FT Island. Still loving the old songs. So fresh! :PPP
No comments:
Post a Comment