Boys And Girls

Wednesday, 9 January 2013

I Miss My Life as a Secondary School's Student

Assalamualaikum. Peace be upon you! Hi semua! 안녕하세요, 친구들 ^^


Good morning! Nampaknya pagi ni cuaca cerah, hope cerah sampai ke petang la kan. Amin.. Sihat? Hope semua sihat sejahtera la. Aku dah buat keputusan untuk teruskan ber-blog-ing dengan rajin dan penuh semangat waja! Aku akan try update sekerap mungkin! *krik krik krik bunyi cengkerik* Well, kita kena tunggu la kan. Jangan hangat hangat air kopi je. Nanti sejuk jugak. Hahaha xD

 

Apa pandang pandang, ha gemokkk? Comel gila!! Caught this kid from Google.

Aku tak tau nak update apa, but aku rasa aku nak cerita pasal zaman kanak kanak ribena aku. Well, taklah ribena sangat kan. Sebab dah besar sikit, maybe zaman remaja remaja epal? *krik krik krik* Okay. Haha. So, please get something macam popcorn, chocolate, keropok keripi, kerepek atau pun apa saja makanan memandangkan post ini mungkin panjang berjela. Hah? Apa dia? Nasik dengan sambal belacan? Boleh, tak ada masalah. Tapi nasib la kalau pc anda berbau belacan. HAHAHA xD


Let's start with my first day in my secondary school. Masa tu kagum gila sebab sekolah aku tu besar. Well, sekolah rendah kecik je. Tu yang macam rusa masuk kampung tu. Jalan kemain penat la nak sampai ke kelas. Yang pelik tu, bila dah form two aku tak rasa dah sekolah tu besar kemain. haha. Sebab dah lali kan. Dah biasa. So, tak ada apa yang menarik masa first year. Biasa. Masuk hostel. Ada sorang senior ni memang aku berkenan. Haha. Miang. Dia ada dimples, macam I! Ingat lagi tau? But dia dah ada girlfriend, in any time diorang nak kahwin. Aku takde masalah pun la. Well, puppy love! Hahaha


A photo from my cellphone's application, so don't know the real owner.


Second year, masih lagi biasa. For your information, aku dok hostel sampai form five. Aku takut gila aku turun kelas. Result exam masa form one teruk, so aku pun tak main main sangat. Alhamdulillah, result aku dah stabil balik masa tu. So, kembali berjimba jimbi macam dulu dulunya. Well, to be honest kitorang ni memang nakal. Haha. Satu kelas tu. The best classmates ever! Lepas tu aku pindah pula feeling dekat orang lain. Kahkahkah. Well, dia sangat annoying! Like seriously. Mentang mentang aku berhingus masa tu. But lepas tu aku anti dia. Dia pun friend dengan aku kat fb, tapi aku tak ambil tau dah pasal dia. Ada aku kesah? Haha.


Third year, nak ambil PMR. Alhamdulillah, still study dalam kelas yang sama. And masa tu ramai kena turun kelas. Wuwuwu.. takut gila! Terpaksa berpisah setahun ;( Then, I got to know someone from kelas sebelah. Mata dia hazel, kulit cerah and sangat attractive orangnya. To make it short, he is my first puppy love yang dapat DECLARATION, bukannya one sided la. Haha. Perfect gila masa tu. We're continue to be together about six to seven months since he's been transferred to another school. His mom tukarkan sebab jauh. Well, we ended up being friends sebab tak boleh go on sebab jarak.

Masa trial PMR, aku demam. Masa jawab paper Math, dah teruk sangat. Memang tak larat, like seriously. Nak pengsan pun ada. And yang paling irony, kakak aku pun demam. Haha. Well, sisters-bond kan. So, result tak sebaik yang aku sangka. So, kinda sedih la kan. Finally, bila result sebenar keluar, alhamdulillah sangat. Memang tak percaya langsung!


As I'm continued to my fourth year, aku tak nak pergi mana mana boarding school. Bagi aku, belajar kat mana mana pun sama je. Tapi orang cakap, kalau boarding school lagi banyak saingan. But please don't look down pada students sekolah biasa. Sebab setiap tahun kitorang berlumba lumba untuk jadi best student. As we have to choose kelas apa yang kitorang nak pilih, bersesuaian dengan result PMR, aku pilih pure Science stream. Subjek tambahan Biology, Physics, Chemistry, Add Math and EST memang jadi pengalaman baru untuk aku.

Aku bukannya jenis yang suka belajar, so aku pernah dapat markah 0 - 7 marks dalam salah satu subjek tu. Bukan aku je, satu kelas. Selain daripada tak paham apa yang kitorang belajar, cikgu tu ambil masa setahun untuk dua bab. Exam akhir tahun, semua ke laut. Sejarah aku rasa easier sebab takde Perjanjian Pangkor, Syarikat Hindia Timur etc etc.



From Google


Form five, aku sambung lagi perjalanan tahun ke sebelas aku yang baru je bermula. To be honest, form five memang bawak banyak improvement pada aku. Alhamdulillah. From 0 markah dalam paper Fizik, aku berjaya jugak pass. Teacher yang ajar Fizik tu cakap, belajar kena ada minat. Betul. Since kitorang bosan study dalam kelas, dia sanggup mengajar dekat padang perhimpunan. And cara dia mengajar sangat different. Dia bagi partner, then kitorang kena study sendiri and buat pamphlet or any type of notes untuk diedarkan pada classmates. Setiap couple dapat part berbeza beza sampai la chapter tu siap. And kalau ada apa apa yang missing or incomplete, dia akan tolong.

History pulak, form five kinda payah. Aku suka bab kerajaan Islam tu je. Haha. And and and cikgu tu sayang lebih kat aku katanya. Haha. Tagline dia, "gembiranya awak." Sebab kitorang selalu kena tangkap bergelak ketawa dengan kawan kawan masa kelas dia. Haha. Nakal? Kinda. Degil? Kinda. Rude? NO! Haha.

Cikgu English, always be my favorite. Teacher cantik! And dia baik sangat dengan aku! Terharu. Jasa teacher takkan saya lupa. Aku ni memang suka bahasa Inggeris dari kecik lagi dah. Haha. So, alhamdulillah kelas tamat dengan jayanya.

For your information, cikgu Fizik aku tu guru kelas aku. Aku sangat rapat dengan dia. Aku pun taktau kenapa. Sebab aku ni monitor's assistant? Entah. Aku selalu pegi rumah dia. Especially bila musim durian. Bukan aku je. Aku ajak la kawan kawan aku. Haha. And now, dia dah kahwin. Taktau la apa cerita dia sekarang ㅜㅜ Honestly, rindu kat dia!


Now, I've grown up. From a kid to a lady. Even I can't believe this. Rasa macam baru je habis sekolah. But dah dekat lima tahun pun. Tsk tsk.. rindu kat sekolah. And aku belum ambil result SPM aku. Haha. Tak beli buku teks lagi, tak ganti. And tak kerja. Aku nak jadi suri rumah sepenuh masa la aku rasa. Maybe lagi senang. AHAHA. Kahwin jom? Ahahahahaha.. Where's my groom? Kim Sunggyu? Hahaha. Joke, joke!


KIM SUNG GYU! 



Photo shoot untuk his first solo mini album, Another Me! :)


And aku tengah belajar bahasa Korea. Well well well.. tak salah kan? Sebab aku minat. Aku even nak bukak agensi pelancongan tau? Kalau ada orang Korea datang sini, biar aku bawak jalan jalan. And of course aku still dalam proses menyiapkan novel novel aku. Haha. Impian aku nampak typical kan? Tapi aku baru sedar apa yang aku nak buat sebenarnya bila aku dah cecah umur 20 tahun. "It's never too late". And if possible nak bukak bakery online. Since aku suka memasak. Heheh.. aku tulis kat sini sebab bila orang baca, itu macam mendoakan aku la. Bila doa kebaikan untuk orang lain, Allah akan rahmati kita. Jangan lupa tu. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya. Semoga ada yang manis menunggu. InsyaAllah.


Okay la. Sampai sini je aku share dengan korang. Nanti aku buat comeback lagi, insyaAllah. Tunggu bila aku rajin balik. HAHA. Maybe akan buat entry pasal Infinite? :) Till we meet again, take care. Assalamualaikum :)

No comments: