Boys And Girls

Thursday, 18 October 2012

Tidak Berbasa Basi, Tetapi Ia Sudah Basi!

Assalamualaikum you all. ^^


Hihik! There you go, October. October. Whatttt? October? Omonaaa *Oh My God in Korean*! It's already October! That's mean, it has been a month since my last update. Dengan ini, kemalasan itu nampak lebih nyata, ya!



Hmm.. xD


What the fish with my post title?!! What the.. ehemmm! Sesungguhnya, tak ada kena mengena dengan berbasa basi, sebaliknya berkaitan dengan benda basi. HAHA. Apakah? Okay. Let's go!


Tak ada yang basi pun. Haha. Just, cerita ni yang dah basi. hihik. Having a dinner at Dubu Dubu Island. What is 'Dubu Dubu Island' dear sweethearts? Dubu Dubu Island *not Budu Budu yang sedap tu :')*, is a restaurant which is serving Korean delights, meals and snacks. To satisfy my tekak yang nak sangat makan makanan Korea, pergi la. Dengan ketamakan melanda, order 'dolsot bibimbap' yang bermaksud bibimbap daging/meat bibimbap. Do you know what is 'bibimbap'? Nasi campur/mixed rice. Dalam benda nak kena gaul tu, ada sayur, telur ayam mentah *jangan risau. Nanti korang gaul-gaul dengan nasik panas tu, telur masak la*, sambal ataupun sos-sos yang memang original dari Korea, kimchi, etc. Tapi kalau dekat Korea, mestilah lagi banyak ingredients bibimbap tu. Bibimbap ni di-serve-kan dalam clay pot. Panas yeeee! So, memang sedap la bibimbap tu. My favorite everrr!



This one is from my bowl. HAHA. Kacau, kacau, kacau! Then, there you go! :)


Seaweed soup. Ada tofu lembut sekali. Memang sedapppppp! :')


My sister's.




Yang dua kat atas ni side dishes a.k.a banchan. Ada carrot and daikon yang dah dimaniskan, tabur bijan. 
Then, kimchi yang sangat sedap.
Lastly, tauge. xD Semuanya nice! 


Yang ni, masa bibimbap sampai ke meja. Ada sos pedas sekali tu! Yums. Daging, seaweed yang dipotong nipis, kimchi, jagung, carrot, daikon! And of course telur ayam mentah yang diletak dekat tengah sekali! *yang kuning tu*



And sebab tamak, aku order tteokbokki. Yang ni, tak kena sangat dengan tekak aku. Kalau aku makan tempat lain, rasa dia tak sama. That's what I'm trying to say. So, tak minat sangat. -_- And tiga plate dolsot bibimbap + tteokbokki + 2 glasses of Peach Tea + 1 Citron Tea = tak sampai RM100 kot. About RM90. -_-


Biasanya penuh. Tapi time orang balik kerja, memang kosong. Try la! Not bad. hehe. And must try menu, Korean Citron Tea. Sangat refreshing! Tu menu aku la tu. Hahaha. Sangat cool and sangat sedapppp! Kalau ambil snack set, tteokbokki, dapat satu cawan teh Korea. Hahaha. Nak tau apa? Teh nasikkkk! Hahaha. Sedap la jugak. Kinda pahit and tak manis. No sugar at all! >.< Hehehe



Tea like color drink tu, Peach Tea. Masam masam and kurang manis.
Yang warna ala ala lemonade tu Korean Citron Tea *mine*. Rasa pahit pahit, rasa citrus and manis. Ada kulit lemon sekali. Haha.
And yang dalam gelas hitam tu, rice tea. 


Tteokbokki!



So, I can't wait untuk pegi Korea by myself. Untuk rasa bibimbap dekat sana, original tteokbokki, uhmok and macam mcam lagi. Oh ya, kimchi dekat Dubu Dubu Island sedap sangat! Seriously. Yums! Go and try it out. Outlet yang paling senang, and aku paling tau, dekat Mid Valley Megamall.


Turun ke tingkat Lower Ground *LG*, lepas tu jalan straight je. Kalau tak silap aku, dekat dengan Carrefour. Kalau turun dekat South Court ataupun Jusco a.k.a Aeon tu, DDI ni dekat sebelah kiri. Kalau turun dari sebelah North Court yang ada TopMan, MPH, Esprit semua tu, restoran tu ada dekat sebelah kanan la. Hehe. Paham takkkk? >.>



Sape la budak ni? Kahkahkah! Korea la sangat, nak berchopstick! xD


Okay, till we meet again, insyaAllah, have a blissful day! And untuk hari hari mendatang jugak. Okay! Bye! Assalamualaikum. :)

Friday, 21 September 2012

The Moments That Wouldn't Forget

Assalamualaikum.


Hai anda semua yang cantik cantik dan yang kacak kacak. Selamat hari Jumaat. Sebenarnya aku malas nak hapdate ni. Tapi nak buat macam mana kan? Dah ada blog tu, kenalah guna. So, aku nak sambung alkisah aku kerja dengan kawan kakak aku dekat Lorong Haji Taib tu. HAHA. Semacam je. Dekat Bazar Ramadhan Chow Kit actually. Bukan ke Lorong Haji Taib tu memang dekat Chow Kit? So, sama jela kan? Hehehe.


Somewhere in 2010.


1 RAMADHAN
Aku memang kena duduk rumah Abang Kak Ira, Abang Wan sebab time balik kerja memang lambat. Takkan aku nak naik cab pulekk kan? So, dok rumah Abang Wan. Abang Wan ni dah berkeluarga, so semua dah ready. Maklum la, ada bibik. 1st Ramadhan, kitorang belum start kerja lagi. Setakat bukak bukak stok baju and nak gantung je. Buat kerja tu sepanjang hari you all. Petang tu, dalam pukul empat lebih, aku dengan Kak Ira tidur dulu, sebab malam karang nak kemas kedai pulak. Yela, orang lain dah bukak kedai, kitorang je antara yang terlambat. Tidur sampai dekat dekat nak berbuka.

After berbuka and solat Maghrib, kitorang siap siap nak pegi kedai atau tapak yang Abang Wan dah sewa. So, kena bawak baju baju yang dah di-hanger masuk dalam kereta. Actually, ada buat banyak trip hantar baju tu. Baik punya banyak sampai penuh kereta. Dah last trip tu, aku dengan Kak Ira ikut sekali. Sampai je Chow Kit, aku nampak pekerja pekerja Abang Wan tengah sibuk gantung-gantung baju. And kitorang pun tolong sekali. Tunggu punya tunggu, dok sangkut baju, sampai pukul empat lebih. Empat pagi, bukan petang. So, bersambung ke 2nd Ramadhan.


2 - 20 RAMADHAN
Sampai je rumah, dalam pukul lima terus je sahur. Tidur pun tak cukup, sebab lepas tu kitorang kena masuk kerja pukul 12. Ehemm! Masa mula mula ni ada orang hantar. hehehe. Then, rutin harian pun bermula. Masuk pukul 10 atau 11, balik pukul 12 malam. Letih tak letih la, sebab dah seronok keje. Bila customer nak beli baju yang kita jual, rasa puas hati. Especially bila dia nak beli satu, tapi last last dia beli dua. Kena la pandai guna psikologi. HAHA. Masa tu la macam macam jenis orang aku jumpa. Memang mencabar keimanan aku. HAHA. Jenis yang dah murah nak murah lagi paling banyak aku jumpa. Bila aku kata tak boleh, dengan selamba rampas plastik dekat tangan aku and bayar ikut suka. Sebab tu la aku takkan packing selagi dia tak bayar. Lipat dulu. Hahahaha. Siang, tak boleh makan, kannn? Hehehe. So, memang penat. Lagi lagi bila balik naik monorail. -,-

Masa tu, ramai sedara mara wife Abang Wan ni, Kak Mar, yang pakai BB. Blackberry. Sibuk BBM je semua. Dulu, memang aku nak sangat BB ni. Lepas tu, aku nak iPhone. Haha. Tapi masa tengok diorang asyik BBM je, aku pun teringin. Hahahaha. Sampai nak ambik advance kot. Ingatkan tak dapat. So, 5 Ogos 2012, BB Bold warna putih sampai ke tangan aku. HAHA. Bold 2 je. Murah. Sebenarnya aku nak Curve, lagi jimat. Tapi nak buat macam mana.. dah orang belikan. HAHA. So, lebih daripada separuh gaji aku kena  potong. Kak Ira sekali eh. AHAHAHA. Tapi Kak Ira's warna hitam. And sadis bila button P BB aku dah hilang. Bengang gila!


21 - 27 RAMADHAN
Haaaa! Yang ni la aku nak cerita. Aku kerja malam wehhhh! Pukul 10 malam sampai sepuluh pagi esoknya! Cool kan? HAHA. Kerja malam best sebab boleh makan, minum. Tapi first dengan second day keje tu aku agak pening. Sampai dah nak demam. Yela, baru first time kerja malam. Orang pun tak ramai time malam sampai pagi tu. Tapi pernah sekali tu, sampai pukul 4 lebih ada je orang datang nak shopping. -,- And aku dengan Kak Ira almost tak sempat sahur for few times. 

Bila kerja malam ni, jiran jiran tetangga datang melepak. Lelaki je mostly. Mana ada perempuan yang kerja malam. Kalau ada pun, diorang stay up tapi tutup kedai. Tidur dalam kedai. Tapi lelaki pun bukannya jenis yang tak semenggah tu. Mostly diorang dah kawen and muda daripada aku. So, takde timbul menggatal ke apa. Diorang datang nak duduk makan makan and dengar lagu je. Sebab kedai Abang Wan la kedai yang paling lengkap. Ada counter, mesin duit and complete set untuk DJ-ing. HAHA. 27 Ramadhan hari akhir aku kerja. End of story.




Lepas aku kerja dengan Abang Wan and Kak Mar ni, baru aku sedar. Sebenarnya kerja macam ni lagi penat, lagi letih, lagi susah. Serius tak tipu. Biasanya kalau aku pegi bazar bazar tengok macam senang je kerja jual baju ni. Apa yang susah? Jual jela. Padahal sangat meletihkan. Nak ambik stok dari stor lagi. Berat kot. Nak topup baju baju nak kena jual lagi. Kena kemas kedai. Bila hujan, kena turunkan dinding kanvas tu so that hujan tak kena baju baju. Bila hujan dah berhenti, kena naikkan balik. Kena gulung. Betul aku cakap ni, memang penat. Cuaca yang memang panas. Duh! Ni la first time aku jumpa kerja yang susah macam ni. Bukan mengeluh. Just, tak elok kalau kita tak fikirkan soal peniaga. Kita nak cari salah diorang je, padahal kita taktau macam mana penatnya peniaga peniaga ni. Stok bukannya sikit sikit. Banyak gila. Satu plastik sampah tu. Sehari, kena ambik tujuh lapan plastik. Boleh bayangkan tak?


So, lepas ni, tak payah la pandang serong dekat orang yang jual baju baju kat bazar tu. Mostly, tu just sampingan. Kitorang pun part time je. Sangat susah. Kena guna tulang empat kerat. -,- And aku takkan lupa moment kerja kat sana. Ada juga Indonesian. Tapi diorang tu sedara mara Kak Mar jugak. Minang. Tapi diorang tak kerja dengan kitorang. Just jalan jalan je. Bila Kak Mar datang kedai, diorang ikut la. Borak borak, snap gambar. Hahaha.


So, sampai sini je. InsyaAllah, nanti aku update lagi. Thanks for reading. Btw, aku ada crush on someone, tapi takut nak bagitau dia. HAHA. Yela, tak pasal pasal karang dia ada girlfriend. So, I keep it as a secret. Biar la kawan sampai bila bila daripada aku kena putus kawan dengan dia. Yela, ramai orang macam tu kan. Sebenarnya dah lama. Since aku mula mula kenal dia. Few years ago. Tapi takpe. Aku try stop even dah bertahun tahun aku failed. Hope there's someone for me. The real one. Amin..

Assalamualaikum semua.

Thursday, 13 September 2012

Beautiful September!

Assalamualaikum wbt.


Apa habaq anda semua? Hehehe. Kita baik baik je. Hahaha. Nyampah. Kita kita pulak kan? :P So, welcome September. Tengok, dah dekat dua minggu dah September sampai, baru sekarang aku nak wish selamat datang. Toruk makto betul la. HAHA. 


Sekarang ni aku kononnya tengah berdiet la. Konon okey. Diulangi, konon. So, tak makan nasik la. Since few days kebelakangan ni, aku tak makan nasik. Sama jugak, berminyak jugak. Pigidahh! HAHA. Pagi pagi singgah gerai nasi lemak ayam kukus dulu. HAHA. Itu katanya tak makan nasik? Haa.. ni la aku nak cerita. Pasal nasi lemak ayam kukus. Sebenarnya tak betul nama tu. Hahaha. Sepatutnya, nasi lemak kukus + ayam. Kannn? Nanti jadi ayam kukus pulak. Dah salah paham. Bila dah habis makan, baru teringat nak ambik gambar. Nak ambik gambar apa? Kertas minyak? Tulang ayam? Or daun pisang? -_-


Bulan September ni ramai yang sambut birthday kan? So, happy belated birthday, happy birthday and happy birthday in advance. Especially to my beautiful ladies, Kenot and Epal! HAHA. Kina and Epa. <3 Love both of 'em. Semoga hidup both of them dirahmati Allah SWT. And untuk September's babies too! ;D Haengbokhaseyo!


Okey, tu je. Malas nak update dah. Aku tengah buat bihun sup ni! Wakakakak! Nakk? :P Makan dengan sambal kicap. Wow! Oh-sem! Awesome! Teehee. Okayy. Till we meet again, InsyaAllah, assalamualaikumm!

Friday, 31 August 2012

Goodbye August.

Assalamualaikum.


Ya Allah. Rindunya dengan blog comel ni! Ahakss.. hahaha! Okay kawan kawan tersayang, adakah anda juga merindui saya seperti mana saya merindui anda? Haha. Yucks! Sibuk beraya sampai tak ada masa nak update blog. Hehee.


Ogos dah pun nak sampai ke penghujung. Jadi, selamat tinggal Ogos! Semoga kita dapat bertemu lagi pada tahun tahun yang berikutnya. InsyaAllah. And.. and.. and! Esok adalah hari ulangtahun kemerdekaan yang ke 55! And most of all, my brother's 25th birthday! So, happy birthday in advance dan Selamat Hari Merdeka! ;D Alhamdulillah, dah 55 tahun negara kita merdeka. So, kita mesti pertahankan kemerdekaan negara kita. Kenang jasa pahlawan pahlawan yang sanggup bergalang nyawa, bertumpah darah demi anak bangsa. Untuk kita. So, for me, sesiapa yang terlibat dalam mempertahankan negara sebelum dan selepas merdekanya negara kita ni adalah pahlawan. And my dad is one of them. Sebelum merdekanya negara kita, Abah la salah seorang daripada pahlawan tu. Abah pernah bertempur dengan musuh negara. Yes, my dad is a sergeant. And Abah is my hero. Al Fatihah..



Sorry la eh dah lama tak update. Aku keje la. Tolong kawan. Kawan kakak aku. Sekarang, dah habis keje. So, ayuh kembali ke sekolah! Hahaha. ;D Haaa? Apa dia? Rayaaa? Hahahaha. Ni la yang aku nak cerita ni. Pasal raya aku.. jeng jeng jeng..


Okay, 16 Ogos yang lepas hari Khamis, 29 Ramadhan, aku pun gerak balik kampung, which is Perak Darul Ridzuan. Takde kereta lagi tahun ni. So, naik bas jela kan. Sepanjang perjalanan yang sepatutnya ambil masa 2 jam lebih bertukar jadi lebih 4 jam. Sebab apa? Jammed sepanjang jalan. 


Sampai pukul 1 lebih *1 pagi, bukan tengah hari*. So, aku dengan kakak and abang aku decided untuk tidur kat hotel je. Jalan la cari hotel yang paling dekat. Omaigod! Tokojut den! Boleh pulak hotel tu tutup, pada hal tak full house pun! Finally, aku ajak kakak aku pegi Kangsar Hotel. Kebetulan, aku pernah check in situ before aku balik KL dulu. So, jalan la. Dari bas station tu jalan ada la dalam 7-10 minit. Tengok tengok bukak. Lucky, ada bilik kosong, satu katil double, satu single. Tu je pun yang available. So, sekali la dengan abang aku. Kang kalau letak dia kat bilik lain kang, dia tak reti nak cari jalan. Kang dia ingat aku dengan kakak aku nak tinggal kan dia pulak. Terbang melayang RM 1++.00. Almost dua ratus jugak la kan. Hahaha, kesian kakak aku. Habis duit beliau. Tapi bilik memang cool habis la. Selesanya ya ampunnnn! HAHA. Besar and lengkap. Okay what? So, selamat malam dunia!


Pagi esoknya, kitorang bangun pukul 4.30 pagi, nak sahur. Jalan punya jalan, takde kedai yang bukak. Oh no! So, masa nak balik hotel, lalu la depan The Store yang sebelahnya ada KFC. Wowww! 24 jam! Ada orang tengah keluar masuk. So, kitorang pun masuk la KFC. Order snack plate tiga! Tu je yang ada. Lama la jugak ambil masa untuk kitorang dapat makan. Haha. So, lepas makan, balik hotel, tunggu Subuh and tepat pukul 12 pm, kitorang check out. To be continued..


Tempat kerja masa Ramadhan! Tees for girls! How is it? Pretty huh? ;D Btw, kedai belah sana still tutup. Masa ni I'm working 10-10. I'll tell ya later okay? ^^

Lepak sekejapppp.. Puasa kan? Panas pulak tu. Tapi jangan salah sangka. Botol drinking water, Summer tu kitorang guna buat cuci tangan. Heheh. ;D

More tees and jackets! There's the counter! ;)


Sorry la fellas tersayang, tak ada gambar pulak kali ni. Macam mano ni? Ehehh.. letak jela gambar apa pun! So, thanks for dropping by. Next time aku sambung lagi. Tapi taktau bila. Eh, by the way, dah try ke kimchi, kimbap and tteokbokki yang aku share kan resipi tu? Kalau tak tau nak cari barang barang tu kat mana, kat Jusco ada, Carrefour and even groceries stores pun ada. Tapi aku tak tau mana nak dapatkan tteok tu. Hmmm.. nanti kalau aku tau kat mana, aku share dengan korang okey? ;)


Till we meet again, take care, and assalamualaikum :)

Sunday, 15 July 2012

Jom Masak Masak!

Peace upon you.


Hai semua! How are you? Aku? Aku demam sikit, selsema and batuk. Huwaaa.. suara macam apa dah ni. Bukak mulut je, keluar suara macho. Miahahahahah.. *Be careful. Entry panjang sebab ini entry masak masak*


Okey.. Macam yang korang sedia maklum, aku ni peminat K World. Atau nama lainnya hantu kepada sesuatu yang berasal dari negara Korea Selatan. Ceh, tak dapat pergi konsert Big Bang. Big Bang Alive Galaxy Tour. Sebab apa, takde duit. Aku taknak seat RM98 tu la. Jauh ke belakang kot. Aku nak bahagian depan pentas. Dekat dengan pentas. Rock zone or numbered seat pun okey kot. Tapi standard la kalau konsert kann Mana ada tang depan tu dapat RM100, 200.. RM688 kalau tak silap aku untuk bahagian depan sekali. Mana la aku ade duit sebanyak tu. Dah tu nak kumpul mana sempat. 


Kaunter tiket bukak 28 Julai ni. Tak ke pengsan nak cari duit dalam masa singkat ni? Aku ni dah la tak kerja. Lain la kalau korang ada kerja nak bagi aku. Aku nak pergi wehhh! Free ticket ade tak? Muahahahaha.. konsert Big Bang Alive Galaxy Tour ni dibuat dekat Stadium Merdeka, October 27th 2012 ni. So, aku tak nak tengok gambar gambar yang orang upload sebab tak nak kuciwa. HAHA. Eh, kalau ada anyone nak pergi KLIA masa diorang sampai and balik, bagitau aku wehhh! HAHA. Jom sekali. Tak dapat pergi konsert, dapat tengok diorang secara live pun jadi la. Tapi sure penuh VIP dekat sana nanti. Huwaaa! Nak Daesung! Nak GD! Nak, nak, nak! Even though aku tak mampu nak pergi konsert tu, aku tetap VIP sejati. Sobs.. sorry, emosi lebih.


Ni je mampu. Screen captured. HAHA. I love you man!

I wanna meet him though. ;(


Siang tadi, aku keluar jalan jalan. Beli barang dapur. Masa jalan jalan tu, mata aku tertangkap pada satu bahagian dekat salah sebuah groceries stores which is my favorite. Finally! I found few types of ready-made kimchi! I was so excited and grabbed a box of it. And I've tried it once I've arrived at my home. Oh, it's so delicious. And I'm wondering, where can I get the Korean pepper flakes and pepper powder? If you know where I can get it *in Kuala Lumpur*, please tell me. Because I'm going to make my own kimchi! Do you know what exactly the kimchi is? 

Kimchi (Korean: 김치 金枝; play /ˈkɪmi/), also spelled gimchi, kimchee, or kim chee, is a traditional fermented Korean dish made of vegetables with a variety of seasonings.[1][2][3] There are hundreds of varieties of kimchi made with a main vegetable ingredient such as napa cabbage, radish, scallion or cucumber.[4] Kimchi is also a main ingredient for many Korean dishes such as kimchi stew (김치찌개; kimchi jjigae), kimchi soup (김칫국; kimchiguk), and kimchi fried rice (김치볶음밥; kimchi bokkeumbap). (Copied from Wikipedia)

Kimchi aku beli tadi. :D 

 So, dah tau kan, apa tu kimchi. Ada banyak jenis kimchi sebenarnya. Kimchi napa cabbage, timun, macam macam jenis lobak atau pun daikon,  daun bawang a.k.a bawang hijau. Actually ada lagi. Banyak sangat. Ni just contoh je. Nak buat guna carrot pun boleh, no hal. Selain daripada sayur yang jadi bahan asas atau pun bahan utama, kenalah tambah perasa perasa lain. Yang penting, mesti ada chilli pepper. Daripada kimchi, macam macam makanan yang kita boleh buat. Nasi goreng kimchi, kimchi jjigae atau nama lainnya kimchi stew, sup kimchi and so on. Nak buat pancake pun boleh. Lempeng. 


So, memandangkan sekarang ni negara Korea Selatan semakin naik oleh salah satu faktor, kebanjiran lagu lagu, drama Korea di serata dunia, rata rata negara ada restoran yang jual makanan Korea. Bila ada makanan Korea, adalah kimchi since kimchi ni salah satu makanan yang memang diwarisi di sana. Antara side dishes / banchan terpenting. Selain tu, sushi roll Korea pun ada tawww! Disebabkan aku rajin sangat, aku nak share resipi buat kimchi, Korean sushi roll a.k.a. kimbap and tteokbokki. Tau tak tteobokki ni apa? Tteok ni sebenarnya makanan yang diperbuat daripada tepung pulut, ataupun lebih dikenali as sweet rice or chapssal. Alaaa.. aku bukan nak ajar korang buat tteok ni. Kuih beras ni. Aku nak ajar cara masak tteokbokki! Dah la. Jom start dengan kimchi. Senang sangat! :P


Napa cabbage. Ini la dia! Credits - Google.


Bahan bahan,
1 biji napa cabbage *saiz sederhana*
1/2 cawan garam kasar
Air secukupnya untuk rendam kobis sampai tenggelam

Bahan perap / sos kimchi,
1 biji daikon (kupas. Kalau tak letak daikon pun tak apa)
1 biji Korean pear (Yang ini, optional. Kalau tak letak pun takde masalah)
1/4 cawan sos ikan*
1 cawan emping cili pedas* (try dapatkan dari Korea. Original. Kalau takde, cari yang jenis serbuk tu)
5 ulas bawang putih* (cincang)
1/2 sudu teh gula*
1 sudu teh garam*
Sedikit halia* (cincang)
Daun bawang

 Cara cara,
- Belah kubis kepada dua atau empat bahagian. Mulakan dari pangkal kubis.
- Campurkan garam ke dalam air. Rendam kubis dalam air yang bercampur dengan garam selama 6 hingga 8 jam. Balik balikkan kubis semasa merendam, setiap 2 jam. Make sure mangkuk atau container tempat merendam kubis tu cukup besar.
- Lepas 6-8 jam, keluarkan kubis dari dalam air bergaram, basuh satu demi satu helai/pelepah/lapis kubis. Biasanya diorang tak potong atau ceraikan lapisan kubis tu. Biarkan berlapis lapis. Tapi, kalau nak potong pun tak ada masalah. Terpulang pada citarasa anda. Jangan lupa letakkan garam sikit dekat setiap helai/lapis.

Buat macam ni. :) Credits : Smoky Wok

- Campurkan bahan bahan untuk buat sos, yang bertanda *
- Potongkan lobak dan buah pear bentuk memanjang. Jangan nipis sangat, jangan tebal sangat.
- Potong daun bawang dalam satu ke dua inci.
- Campurkan lobak, buah pear dan daun bawang ke dalam mangkuk. Masukkan sos.
- Gaul semua bahan. Pastikan bahan bahan digaul rata.
- Gaulkan bahan bahan yang dicampur sos dengan kubis. Ataupun masukkan sos campuran pear dan daikon disetiap helaian/lapisan kubis. Lapis demi lapis.


- Simpan dalam bekas kedap udara. 

Kiranya dah siap la tu. Nak makan time tu pun tak apa. Tak ada masalah. Tapi, makanan Korea ni mementingkan kesihatan, bukan je kesedapan. Proses pemeraman ni akan menghasilkan bakteria baik. Lagi lama kimchi diperam, lagi banyak bakteria yang baik untuk badan dihasilkan. Cubalah! :D 


Second, aku nak bagi resipi kimbap ataupun Korean sushi roll. Ingat, kimbap ni versatile. Korang nak ganti isi tu dengan bahan lain pun boleh. Tengok la apa yang ada dalam freezer tu! :D

Bahan bahan,
Nasi yang dah siap masak, digaul dengan garam. 
Note : Lebih elok kalau guna beras yang melekit tu. Beras apa eh? Korea ke Jepun?
Seaweed/nori/rumpai laut 

Bahan isi/topping/stuffing,
Telur (siap goreng)
Sosej (goreng/rebus)
Carrot
Timun
Crab meat
Bayam (celur/rebus sampai lembut)

Note : Jangan menyelam cari rumpai laut tu! Haha. Pergi groceries stores, insyaAllah ada nori yang dah siap kering warna hitam tu, dah nipis siap. Nak tukar isi yang dekat atas tu dengan tuna boleh, tak nak carrot boleh letak radish. Letak daging ke, ikan ke semua boleh. Ikut suka. Lagi satu, nak letak kimchi yang korang baru buat tadi pun boleh je. :D
PENTING! Pastikan semua bahan bahan yang dekat atas tu dihiris memanjang. Tebal tak tebal, terpulang. Telur boleh dibuat telur gulung, then potong ataupun buat telur dadar macam biasa, potong memanjang jugak.

Cara cara, 
- Ambil bamboo mat, letakkan nori ke atas bamboo mat. 
- Lapiskan nasi ke atas nori. Ratakan dengan sudu, ataupun tangan. Tak payah penuh sangat pun tak apa. Tebal, ikut suka. Tapi jangan nipis sangat, jangan tebal sangat. Agak agak macam sushi roll yang kita selalu makan tu.
- Susun telur, sosej, carrot, timun, crab meat, bayam celur dekat atas nasi yang dah rata tadi. Susun dekat dekat. Jangan penuhkan permukaan nasi dengan bahan bahan tu pulak. Lagi satu, jangan letakkan dekat tengah tengah nasi. Susun dekat hujung bawah atau hujung atas.


Susun macam ni.


Gulung macam ni. Both photos are from HERE


- Gulungkan nori yang dah lengkap tadi dengan menggunakan bamboo mat. Jangan tekan kuat sangat, sebab takut nanti kimbap tu patah. (Rupanya lebih kurang sama dengan lemang yang keluar dari buluh. Just saiz je berbeza.)
- Jangan risau bila tengok hujung kimbap anda tu macam buruk and tak sama panjang. Ulang dari langkah satu sampai semua bahan habis.
- Bila dah siap gulung, potong kimbap yang masih lagi dalam keadaan memanjang tu kepada hirisan hirisan sederhana tebal. Macam sushi tu la. Siap! Boleh la makan dengan sos atau makan macam tu je. ^^


Senang, kan? Tapi aku risau korang tak dapat hadamkan langkah langkah nak sediakan makanan tu. Muahahaha.. So, I took few photos from the original owner, and putting the credits under the pictures. Thank you. :') Takkan la aku nak pegi buat resipi tu memalam camni. AHAHAHA.


Korang yang tinggal luar negara tu, kalau nak buat ni pun boleh. Pergi berkelah pun boleh bawak. Senang sangat. Sedap. Yang paling penting kos yang diperlukan sangat la rendah. Kalau korang dok overseas, boleh la try. Aussie ke.. opsss! haha.. I mean US, UK or anywhere else, nak jimat, boleh try ni. Aku faham. Kita kena banggakan makanan budaya kita dekat Malaysia, tapi bukannya semua boleh masak rendang, ayam masak merah, masak lemak, gulai tempoyak dekat overseas sana. Lain la kalau parents korang datang, tolong masakkan. Time balik Malaysia, bedal la puas puas. HAHA. Lepas tu bawak balik ke sana. Hehehe.. alahh.. dekat sini pun ada la makanan Malaysia. Mesti ada yang cakap camtu. So, aku ulang, "untuk penjimatan".


Google's photo. Dekat Korea. Gerai tepi jalan.


Resipi last sekali, tteobokki. Tteokbokki sedap, pedas pedas manis. Okey. Tteokbokki ni di sejenis makanan yang sangat sangat famous dekat Korea Selatan. Kalau korang ke Sindang Dong, Gangnam, Myeongdong, jangan lupa try. Dekat tempat lain pun banyak la. Senang nak dapat. Tapi, dekat Gangnam and Myeongdong ni biasanya ramai sangat peniaga makanan jenis gerai tepi jalan. Lori, meja meja and so on. Ada yang jual tteokbokki, sotong goreng pedas, uhmok ataupun fish cakes. Banyak lagi la. So, cuba. And kalau ada yang nak cuba sendiri, boleh cuba macam dekat bawah ni. Aku bagi resipi.

Bahan bahan,
Tteokbokki (biasanya yang berbentuk silinder, panjang lebih kurang 2-3 inci)
1 sudu teh kicap cair
Fish cakes
Sosej (optional)
Daun bawang (ikut suka nak banyak mana)
Carrot atau kubis bulat
Pes cili merah Korea
Emping cili merah Korea (Korean red chilli pepper flakes)
2 sudu teh gula
2 sudu teh bawang putih (dicincang)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh bijan (optional)

Cara cara menyediakan tteokbokki,
- Panaskan air dalam kuali. Pastikan kuali besar. :P
- Potong daun bawang, fish cake dan carrot sementara tunggu air panas.
- Bila air dah nak mendidih, masukkan pes cili, pepper flakes, gula, bawang putih dan kicap cair. Kacau sebati.
- Bila pes cili dah larut, masukkan tteok ke dalam kuali. Kacau dan biarkan dalam 10 minit supaya tteok empuk/lembut dan kuah menjadi agak pekat. Terus kacau supaya tteok tak melekat dekat permukaan kuali.
- Masukkan carrot, fish cake, sosej ke dalam kuali. Kacau.
- Rasa. Kalau ada yang kurang, tambah.
- Masukkan minyak bijan dan biji bijan, terus tutup api. 
- Angkat dan hidangkan.
  


Note : kalau nak panaskan, jangan guna microwave. Bukan tak boleh, tapi takut la tteobokki tu tak panas semua. Just masak balik atas api. Tambah air sikit, kacau. Tunggu dia pekat balik, angkat. Makan! Hehehe.


Beg kesayangan. HAHA. Sebab.. err.. sebab.. rahsia! And my fave earphone! Nak jadi photographer gak la! MUAHAHAHAHA!


Okay, tu je kelas masak memasak kita hari ni. Kahkahkahkah! Nanti aku share lagi resipi lain. InsyaAllah. Oh, ya! Aku dapat kerja tu. Kerja dekat bazar jual baju sementara bulan puasa ni. Sebulan je. Yang aku cakap dalam last post tu. Alhamdulillah. Thanks kepada yang mendoakan. hehe. So, tak dapat online selalu. Cubalah tiga simple recipes dekat atas tu! Boleh jugak kalau nak buat hidangan berbuka puasa. Selamat mencuba. Thanks for dropping by. Assalamualaikum.

Saturday, 14 July 2012

Aku & Sesuatu. No, Lesung Batu.

Assalamualaikum semua!


Tak payah intro. Tak payah, tak payah. Takde idea. Hari ni aku nak cerita pasal lesung batu. Korang tau apa tu lesung batu? Tau? Haaa.. apa dia? Tumbuk padi? No.. itu lesung kaki. HAHA. Lesung batu ataupun nama orang putihnya mortar and pestle ni biasanya orang dok guna buat sambal tu laa.. haaa.. aku nak beritahu ni. Hidup aku ada kaitan dengan lesung batu. Nak tau apa dia? Cekidaut!


Okey, korang tau kan, aku ni memang suka makan? So, aku suka sambal la. HAHA. Sambal apa pun, bagi la. Korang takkan menyesal punya. Aku bedal je. Muahahaha. Pastikan ianya halal dan makanan yang baik. Teehee.. Itu baru satu, kan?


Dua, orang selalu panggil lesung pipit aku ni lesung batu. Lesung pipit ke lesung pipi? Mana mana pun boleh, kan? Sama jugak, dimples gak kan. Muahahahah. So, aku gunakan lesung pipit la eh? Korang tau tak lesung pipit ni merupakan salah satu kecacatan? Kuno la budak RNRK ni. Orang dah lama tau laaa.. Boo! Biar laa! Aku nak story gak. Tapi, kecacatan ni dianggap sebagai simbol kecomelan, kecantikan and daya penarik. Muahahahaha.. ehem, ehem!


A dimple is a small natural indentation in the flesh on a part of the human body, most notably in the cheek or on the chin. 
Sumber, Wikipedia. 
Itu nak bagitau apa tu lesung pipit and tang mana biasanya lesung pipit tu ada. Korang tau la kan, dekat pipi atau dagu.


 Dimples may appear and disappear over an extended period.[2] Dimples may play a role in sexual selection.[3] Some cultures, for example Asian and Indo-ethnic sub-groups, prefer dimples as a sign of attractiveness and veracity.[4] Dimples may be genetically inherited and have been called a simple dominant trait. - Wikipedia.

Ini, dia punya penerangan yang macam aku cakap dekat atas tu. Bagi orang Asia, lesung pipit tu buatkan someone nampak manis and cute. Ehem, ehem! Puahahahaha.. xP Lesung pipit ni jugak biasanya diwarisi. Kalau korang kahwin dengan someone yang ada lesung pipit, kebarangkalian untuk anak korang ada lesung pipit adalah 20 hingga 50%. Tak ke tinggi tu? So, apa lagi? Kalau korang takde lesung pipit tapi nak anak korang ada lesung pipit, kahwin la dengan sesiapa yang bawak genetik lesung pipit yang dominan. Ya Allah. Lupa betul. Tapi aku rasa aku ni dominan la kan? Sebab aku yang bawak. Hahaha.. mesti Cikgu Mimi marah sebab aku dah lupa pasal ni. Huwaaaa.. tolong ajar saya Biology sekali lagi!


Dimples may be caused by variations in the structure of the facial muscle known as zygomaticus major. Specifically, the presence of a double or bifid zygomaticus major muscle may explain the formation of cheek dimples.[4] This bifid variation of the muscle originates as a single structure from the zygomatic bone. As it travels anteriorly, it then divides with a superior bundle that inserts in the typical position above the corner of the mouth. An inferior bundle inserts below the corner of the mouth. - Credit : Wikipedia.

Lesung pipit ni terjadi sebab adanya variasi  dalam otot muka yang dikenali sebagai zygomaticus major. Kecacatan variasi ni terjadi disebabkan otot yang sepatutnya ada satu atau tunggal terbahagi dua atau terpecah dua. And lagi satu sebab, otot zygomatics lebih pendek daripada panjang asalnya and disebabkan tu, terbentuk la lekuk dekat pipi.


So, aku adalah salah sorang daripada pemilik dimples. Kiri kanan pipi aku. Syukur.. hehehe.. orang lebih senang ingat aku sebab lesung pipit aku. Boleh la dikatakan sebelah kiri lebih dalam dari sebelah kanan. Disebabkan lesung pipit aku yang dalam and jarang kawan kawan aku ada lesung pipit, kawan kawan aku suka label kan lesung pipit aku as "lesung batu". Nak pinjam buat tumbuk cili kononnya. Cehh! Nasib baik bukan batu giling ke, steamroll ke.. haha. Kalau tak, dah kena lenyek dah korang! Bhahahahaa! :P


Okey laa.. malas nak taip dah. Huwaaaa.. jom tidur. Esok nak jenjalan lagi. Oh, by the way, doakan aku dapat kerja ya bulan puasa ni! Khas sebulan. Sebab aku nak tambah duit raya. Please.. doakan ya! Seminggu je lagi Ramadhan Mubarak menjelang. Semoga Ramadhan ni lebih bermakna. InsyaAllah. Okey la! Assalamualaikum again. :) 

*****Takdak gambaq! AHAAA! Haii.. sejak akhir akhir ni aku suka sangat cakap loghat utara. Eh, hari tu aku nak belajar loghat utara, lepas tu aku punya bijak cakap 'bahasa utara'. Kan dah kena tegur. HAHA.. Aku nak belajar loghat utara ni sebab aku suka kat Anwar Hadi. HAHA. Gatal. Tak, tak. Gurau je. Tapi memang betul pun. Berani mati mengaku sebab takde sape pun nak baca blog ni. HAHA. Sorry Anwar, sebab guna nama anda. Sobs.. hehe.. :P Nak belajar dialek Perak *macam Usop Wilcha tu or the other one*, hubungi saya! Tiada yuran seumur hidup! Hahaha. Gurau je! Selamat malam semua. Mimpi indah. <3

Monday, 9 July 2012

Labah Labah Kacak.

Assalamualaikum..


Hai semua! How's your weekend, huh? Weekend aku agak penat sebab banyak berjalan. HAHA. Tapi okey la. Dapat jugak la benda benda syok. Kahkahkahkah! Best woah!


But after all, aku nak cerita dekat korang, aku dah pergi tengok The Amazing Spiderman! Aku pergi hari Sabtu lepas. Tempah tiket online, kalau tak silap aku hari Khamis. Nasib baik ada seat baik. Tak atas sangat, tak bawah sangat. Sebab time aku tengok Transformers Dark of The Moon dulu, seat aku paling depan sekali. Terpaksa mendongak. Tapi kali ni, tak. Relaks je tengok. Biasa laa.. kalau cerita cerita macam ni, memang ramai orang booking. So, susah nak dapat tempat cool. Kalau filem genre lain, takde pun aku kena duduk depan. Ni tang cerita yang macam ni, sure penuh panggung! Hmphhh!


Aku tak keluarkan apa apa pun since kakak aku yang bayar semua ni. HAHA. Aku tak suka tengok wayang melainkan aku dengan kakak and kawan kawan aku. Entah la. Taktau apasal. -.- Aku, kakak aku and empat orang kawan dia yang pergi. Show pukul 3 petang. Tapi, apa aku nak cakap, memang amazing. Aku kurang sikit tengok love love story. Aku suka movies bergenre thriller, fiction Science*yeke fiction Science?*, fantasies, action. Especially cerita superheroes. Takkan ku lepaskan!


The poster. Cr - Wikipedia.


Bercerita fasal filem ni, aku nak bagi lima bintang out of five. Nak tau kenapa? Aku memang suka filem superheroes. Batman, Spiderman, Superman, Iron Man, The Flash, Green Arrow, Green Lantern, The Hulk, etc. So, sekian lama aku tunggu for Spiderman, okey? Jadi, konon kononnya penantian untuk Spiderman dah berakhir laa.. ahahaha. KONON. Tapi akan ada sequel pada tahun 2014. Kalau umur still panjang, aku nak tengok.


Aku kagum dengan jalan cerita yang dibawak oleh penulis. Pelakon pelakon pulak dah cuba yang terbaik untuk tonjolkan watak and untuk meninggalkan kesan yang mendalam untuk penonton. Buktinya, aku still ingat jalan ceritanya, from the start to the end. Aku sangat kagum. Andrew Garfield, actor yang memegang watak as Peter Parker sangat sangat pandai berlakon sampai aku absorbed dalam lakonan dia. Sampai nangis nangis aku tengok. Aku taktau la kalau aku ni sensitip je lebih. Paling touching time pak cik dia mati sebab kena tembak and time kaki dia kena tembak dengan polis. Masa tu dia dah tak cekap sebab kaki dia luka. So, bapak kepada sorang budak yang dia selamatkan masa kena serang dengan The Lizard tu la yang call kawan kawan dia, suruh naikkan kren pada setiap bangunan dengan sudut 90 darjah. Sobs.. semuanya sebab nak balas budi Spiderman sebab selamatkan anak dia. Elemen sedih digunakan dengan betul. Kalau korang fokus, korang mesti akan terjebak dalam scene sedih tu. HAHA.


Meet Andrew Garfield. Cr - Wikipedia.


Biasalah, kalau cerita cerita camni mesti la ada heroin. Pengganti Kirsten Dunst yang dulunya pegang watak heroin yang bernama Mary Jane dah ditukar dengan akters cantik jelita Emma Stone yang pegang watak sebagai Gwen Stacy. Kalau dah ada hero and heroin, apa lagi, kan? -.- Action scenes yang ditawarkan untuk penonton memang sangat amazing. Serious aku tak tipu. Sungguh membuatkan aku ternganga. So, double thumbs up untuk pengarah and most of all, stunt dia laa! Yelaa.. aku ada dua ibu jari tangan je. So, bagi la dua dua. And technic computer, CGI yang digunakan pun cool kot. Doctor Curt Connors a.k.a The Lizard tu kan one armed je. So, nampak real. Thumbs up!


So, keseluruhan jalan cerita filem ni memang senang dihadam. Senang nak faham. Berbaloi tiket yang berharga RM15 dengan cerita. Hahaha.. bukan duit aku pun. Tapi apa aku nak cakap, memang best. Syokkkk! 2 jam 16 minit or 136 minit yang sungguh tak membosankan. Memang la lama, tapi berbaloi kot korang sejuk beku dalam panggung tu. Haha. Lain orang, lain pendapat. Tapi, kawan kawan kakak aku plus aku sangat bersetuju yang cerita ni memang amazing. 


Okey la, sampai sini je. HAHAHA. Sungguh penat la weekend aku. Macam macam pegi cari, beli. Huarghhhh ~ hope lepas ni dapat tengok Batman : Dark Knight Rises. Trailer cambest. So, haruslah tengok. Tapi taktau cemana. Yelaa.. bulan puasa woii! :) Anyway, aku rindu Ramadhan Mubarak. Bukan sebab makanan *aku tau la aku ni kuat makan.. wooo ~*, tapi sebab perasaan gembira yang ada dalam diri aku time bulan puasa. Susah untuk aku jelaskan. Tapi aku tau, korang mesti faham.


Before I'm off, The Amazing Spiderman dah pun mencecah angka billion dollar. Box office. Cool gila! Okey laaa.. nak makan. Lapaq! Hehee. Oh, hari tu aku beli Combo Popcorn dengan coke, aku dapat mug Spiderman 3D. HAHA. Cute, cute, cute! :D Aku biasa pegi GSC je. :) Okey la.. take care semua. Assalamualaikum!