Boys And Girls

Monday, 9 July 2012

Labah Labah Kacak.

Assalamualaikum..


Hai semua! How's your weekend, huh? Weekend aku agak penat sebab banyak berjalan. HAHA. Tapi okey la. Dapat jugak la benda benda syok. Kahkahkahkah! Best woah!


But after all, aku nak cerita dekat korang, aku dah pergi tengok The Amazing Spiderman! Aku pergi hari Sabtu lepas. Tempah tiket online, kalau tak silap aku hari Khamis. Nasib baik ada seat baik. Tak atas sangat, tak bawah sangat. Sebab time aku tengok Transformers Dark of The Moon dulu, seat aku paling depan sekali. Terpaksa mendongak. Tapi kali ni, tak. Relaks je tengok. Biasa laa.. kalau cerita cerita macam ni, memang ramai orang booking. So, susah nak dapat tempat cool. Kalau filem genre lain, takde pun aku kena duduk depan. Ni tang cerita yang macam ni, sure penuh panggung! Hmphhh!


Aku tak keluarkan apa apa pun since kakak aku yang bayar semua ni. HAHA. Aku tak suka tengok wayang melainkan aku dengan kakak and kawan kawan aku. Entah la. Taktau apasal. -.- Aku, kakak aku and empat orang kawan dia yang pergi. Show pukul 3 petang. Tapi, apa aku nak cakap, memang amazing. Aku kurang sikit tengok love love story. Aku suka movies bergenre thriller, fiction Science*yeke fiction Science?*, fantasies, action. Especially cerita superheroes. Takkan ku lepaskan!


The poster. Cr - Wikipedia.


Bercerita fasal filem ni, aku nak bagi lima bintang out of five. Nak tau kenapa? Aku memang suka filem superheroes. Batman, Spiderman, Superman, Iron Man, The Flash, Green Arrow, Green Lantern, The Hulk, etc. So, sekian lama aku tunggu for Spiderman, okey? Jadi, konon kononnya penantian untuk Spiderman dah berakhir laa.. ahahaha. KONON. Tapi akan ada sequel pada tahun 2014. Kalau umur still panjang, aku nak tengok.


Aku kagum dengan jalan cerita yang dibawak oleh penulis. Pelakon pelakon pulak dah cuba yang terbaik untuk tonjolkan watak and untuk meninggalkan kesan yang mendalam untuk penonton. Buktinya, aku still ingat jalan ceritanya, from the start to the end. Aku sangat kagum. Andrew Garfield, actor yang memegang watak as Peter Parker sangat sangat pandai berlakon sampai aku absorbed dalam lakonan dia. Sampai nangis nangis aku tengok. Aku taktau la kalau aku ni sensitip je lebih. Paling touching time pak cik dia mati sebab kena tembak and time kaki dia kena tembak dengan polis. Masa tu dia dah tak cekap sebab kaki dia luka. So, bapak kepada sorang budak yang dia selamatkan masa kena serang dengan The Lizard tu la yang call kawan kawan dia, suruh naikkan kren pada setiap bangunan dengan sudut 90 darjah. Sobs.. semuanya sebab nak balas budi Spiderman sebab selamatkan anak dia. Elemen sedih digunakan dengan betul. Kalau korang fokus, korang mesti akan terjebak dalam scene sedih tu. HAHA.


Meet Andrew Garfield. Cr - Wikipedia.


Biasalah, kalau cerita cerita camni mesti la ada heroin. Pengganti Kirsten Dunst yang dulunya pegang watak heroin yang bernama Mary Jane dah ditukar dengan akters cantik jelita Emma Stone yang pegang watak sebagai Gwen Stacy. Kalau dah ada hero and heroin, apa lagi, kan? -.- Action scenes yang ditawarkan untuk penonton memang sangat amazing. Serious aku tak tipu. Sungguh membuatkan aku ternganga. So, double thumbs up untuk pengarah and most of all, stunt dia laa! Yelaa.. aku ada dua ibu jari tangan je. So, bagi la dua dua. And technic computer, CGI yang digunakan pun cool kot. Doctor Curt Connors a.k.a The Lizard tu kan one armed je. So, nampak real. Thumbs up!


So, keseluruhan jalan cerita filem ni memang senang dihadam. Senang nak faham. Berbaloi tiket yang berharga RM15 dengan cerita. Hahaha.. bukan duit aku pun. Tapi apa aku nak cakap, memang best. Syokkkk! 2 jam 16 minit or 136 minit yang sungguh tak membosankan. Memang la lama, tapi berbaloi kot korang sejuk beku dalam panggung tu. Haha. Lain orang, lain pendapat. Tapi, kawan kawan kakak aku plus aku sangat bersetuju yang cerita ni memang amazing. 


Okey la, sampai sini je. HAHAHA. Sungguh penat la weekend aku. Macam macam pegi cari, beli. Huarghhhh ~ hope lepas ni dapat tengok Batman : Dark Knight Rises. Trailer cambest. So, haruslah tengok. Tapi taktau cemana. Yelaa.. bulan puasa woii! :) Anyway, aku rindu Ramadhan Mubarak. Bukan sebab makanan *aku tau la aku ni kuat makan.. wooo ~*, tapi sebab perasaan gembira yang ada dalam diri aku time bulan puasa. Susah untuk aku jelaskan. Tapi aku tau, korang mesti faham.


Before I'm off, The Amazing Spiderman dah pun mencecah angka billion dollar. Box office. Cool gila! Okey laaa.. nak makan. Lapaq! Hehee. Oh, hari tu aku beli Combo Popcorn dengan coke, aku dapat mug Spiderman 3D. HAHA. Cute, cute, cute! :D Aku biasa pegi GSC je. :) Okey la.. take care semua. Assalamualaikum!

No comments: