Peace upon you.
Hai semua! How are you? Aku? Aku demam sikit, selsema and batuk. Huwaaa.. suara macam apa dah ni. Bukak mulut je, keluar suara macho. Miahahahahah.. *Be careful. Entry panjang sebab ini entry masak masak*
Okey.. Macam yang korang sedia maklum, aku ni peminat K World. Atau nama lainnya hantu kepada sesuatu yang berasal dari negara Korea Selatan. Ceh, tak dapat pergi konsert Big Bang. Big Bang Alive Galaxy Tour. Sebab apa, takde duit. Aku taknak seat RM98 tu la. Jauh ke belakang kot. Aku nak bahagian depan pentas. Dekat dengan pentas. Rock zone or numbered seat pun okey kot. Tapi standard la kalau konsert kann Mana ada tang depan tu dapat RM100, 200.. RM688 kalau tak silap aku untuk bahagian depan sekali. Mana la aku ade duit sebanyak tu. Dah tu nak kumpul mana sempat.
Kaunter tiket bukak 28 Julai ni. Tak ke pengsan nak cari duit dalam masa singkat ni? Aku ni dah la tak kerja. Lain la kalau korang ada kerja nak bagi aku. Aku nak pergi wehhh! Free ticket ade tak? Muahahahaha.. konsert Big Bang Alive Galaxy Tour ni dibuat dekat Stadium Merdeka, October 27th 2012 ni. So, aku tak nak tengok gambar gambar yang orang upload sebab tak nak kuciwa. HAHA. Eh, kalau ada anyone nak pergi KLIA masa diorang sampai and balik, bagitau aku wehhh! HAHA. Jom sekali. Tak dapat pergi konsert, dapat tengok diorang secara live pun jadi la. Tapi sure penuh VIP dekat sana nanti. Huwaaa! Nak Daesung! Nak GD! Nak, nak, nak! Even though aku tak mampu nak pergi konsert tu, aku tetap VIP sejati. Sobs.. sorry, emosi lebih.
Ni je mampu. Screen captured. HAHA. I love you man!
I wanna meet him though. ;(
Siang tadi, aku keluar jalan jalan. Beli barang dapur. Masa jalan jalan tu, mata aku tertangkap pada satu bahagian dekat salah sebuah groceries stores which is my favorite. Finally! I found few types of ready-made kimchi! I was so excited and grabbed a box of it. And I've tried it once I've arrived at my home. Oh, it's so delicious. And I'm wondering, where can I get the Korean pepper flakes and pepper powder? If you know where I can get it *in Kuala Lumpur*, please tell me. Because I'm going to make my own kimchi! Do you know what exactly the kimchi is?
Kimchi (Korean: 김치 金枝; /ˈkɪmtʃi/), also spelled gimchi, kimchee, or kim chee, is a traditional fermented Korean dish made of vegetables with a variety of seasonings.[1][2][3] There are hundreds of varieties of kimchi made with a main vegetable ingredient such as napa cabbage, radish, scallion or cucumber.[4] Kimchi is also a main ingredient for many Korean dishes such as kimchi stew (김치찌개; kimchi jjigae), kimchi soup (김칫국; kimchiguk), and kimchi fried rice (김치볶음밥; kimchi bokkeumbap). (Copied from Wikipedia)
Kimchi aku beli tadi. :D
So, dah tau kan, apa tu kimchi. Ada banyak jenis kimchi sebenarnya. Kimchi napa cabbage, timun, macam macam jenis lobak atau pun daikon, daun bawang a.k.a bawang hijau. Actually ada lagi. Banyak sangat. Ni just contoh je. Nak buat guna carrot pun boleh, no hal. Selain daripada sayur yang jadi bahan asas atau pun bahan utama, kenalah tambah perasa perasa lain. Yang penting, mesti ada chilli pepper. Daripada kimchi, macam macam makanan yang kita boleh buat. Nasi goreng kimchi, kimchi jjigae atau nama lainnya kimchi stew, sup kimchi and so on. Nak buat pancake pun boleh. Lempeng.
So, memandangkan sekarang ni negara Korea Selatan semakin naik oleh salah satu faktor, kebanjiran lagu lagu, drama Korea di serata dunia, rata rata negara ada restoran yang jual makanan Korea. Bila ada makanan Korea, adalah kimchi since kimchi ni salah satu makanan yang memang diwarisi di sana. Antara side dishes / banchan terpenting. Selain tu, sushi roll Korea pun ada tawww! Disebabkan aku rajin sangat, aku nak share resipi buat kimchi, Korean sushi roll a.k.a. kimbap and tteokbokki. Tau tak tteobokki ni apa? Tteok ni sebenarnya makanan yang diperbuat daripada tepung pulut, ataupun lebih dikenali as sweet rice or chapssal. Alaaa.. aku bukan nak ajar korang buat tteok ni. Kuih beras ni. Aku nak ajar cara masak tteokbokki! Dah la. Jom start dengan kimchi. Senang sangat! :P
Napa cabbage. Ini la dia! Credits - Google.
Bahan bahan,
1 biji napa cabbage *saiz sederhana*
1/2 cawan garam kasar
Air secukupnya untuk rendam kobis sampai tenggelam
Bahan perap / sos kimchi,
1 biji daikon (kupas. Kalau tak letak daikon pun tak apa)
1 biji Korean pear (Yang ini, optional. Kalau tak letak pun takde masalah)
1/4 cawan sos ikan*
1 cawan emping cili pedas* (try dapatkan dari Korea. Original. Kalau takde, cari yang jenis serbuk tu)
5 ulas bawang putih* (cincang)
1/2 sudu teh gula*
1 sudu teh garam*
Sedikit halia* (cincang)
Daun bawang
Cara cara,
- Belah kubis kepada dua atau empat bahagian. Mulakan dari pangkal kubis.
- Campurkan garam ke dalam air. Rendam kubis dalam air yang bercampur dengan garam selama 6 hingga 8 jam. Balik balikkan kubis semasa merendam, setiap 2 jam. Make sure mangkuk atau container tempat merendam kubis tu cukup besar.
- Lepas 6-8 jam, keluarkan kubis dari dalam air bergaram, basuh satu demi satu helai/pelepah/lapis kubis. Biasanya diorang tak potong atau ceraikan lapisan kubis tu. Biarkan berlapis lapis. Tapi, kalau nak potong pun tak ada masalah. Terpulang pada citarasa anda. Jangan lupa letakkan garam sikit dekat setiap helai/lapis.
Buat macam ni. :) Credits : Smoky Wok
- Campurkan bahan bahan untuk buat sos, yang bertanda *
- Potongkan lobak dan buah pear bentuk memanjang. Jangan nipis sangat, jangan tebal sangat.
- Potong daun bawang dalam satu ke dua inci.
- Campurkan lobak, buah pear dan daun bawang ke dalam mangkuk. Masukkan sos.
- Gaul semua bahan. Pastikan bahan bahan digaul rata.
- Gaulkan bahan bahan yang dicampur sos dengan kubis. Ataupun masukkan sos campuran pear dan daikon disetiap helaian/lapisan kubis. Lapis demi lapis.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
Kiranya dah siap la tu. Nak makan time tu pun tak apa. Tak ada masalah. Tapi, makanan Korea ni mementingkan kesihatan, bukan je kesedapan. Proses pemeraman ni akan menghasilkan bakteria baik. Lagi lama kimchi diperam, lagi banyak bakteria yang baik untuk badan dihasilkan. Cubalah! :D
Second, aku nak bagi resipi kimbap ataupun Korean sushi roll. Ingat, kimbap ni versatile. Korang nak ganti isi tu dengan bahan lain pun boleh. Tengok la apa yang ada dalam freezer tu! :D
Bahan bahan,
Nasi yang dah siap masak, digaul dengan garam.
Note : Lebih elok kalau guna beras yang melekit tu. Beras apa eh? Korea ke Jepun?
Seaweed/nori/rumpai laut
Bahan isi/topping/stuffing,
Telur (siap goreng)
Sosej (goreng/rebus)
Carrot
Timun
Crab meat
Bayam (celur/rebus sampai lembut)
Note : Jangan menyelam cari rumpai laut tu! Haha. Pergi groceries stores, insyaAllah ada nori yang dah siap kering warna hitam tu, dah nipis siap. Nak tukar isi yang dekat atas tu dengan tuna boleh, tak nak carrot boleh letak radish. Letak daging ke, ikan ke semua boleh. Ikut suka. Lagi satu, nak letak kimchi yang korang baru buat tadi pun boleh je. :DPENTING! Pastikan semua bahan bahan yang dekat atas tu dihiris memanjang. Tebal tak tebal, terpulang. Telur boleh dibuat telur gulung, then potong ataupun buat telur dadar macam biasa, potong memanjang jugak.
Cara cara,
- Ambil bamboo mat, letakkan nori ke atas bamboo mat.
- Lapiskan nasi ke atas nori. Ratakan dengan sudu, ataupun tangan. Tak payah penuh sangat pun tak apa. Tebal, ikut suka. Tapi jangan nipis sangat, jangan tebal sangat. Agak agak macam sushi roll yang kita selalu makan tu.
- Susun telur, sosej, carrot, timun, crab meat, bayam celur dekat atas nasi yang dah rata tadi. Susun dekat dekat. Jangan penuhkan permukaan nasi dengan bahan bahan tu pulak. Lagi satu, jangan letakkan dekat tengah tengah nasi. Susun dekat hujung bawah atau hujung atas.
Susun macam ni.
Gulung macam ni. Both photos are from HERE
- Gulungkan nori yang dah lengkap tadi dengan menggunakan bamboo mat. Jangan tekan kuat sangat, sebab takut nanti kimbap tu patah. (Rupanya lebih kurang sama dengan lemang yang keluar dari buluh. Just saiz je berbeza.)
- Jangan risau bila tengok hujung kimbap anda tu macam buruk and tak sama panjang. Ulang dari langkah satu sampai semua bahan habis.
- Bila dah siap gulung, potong kimbap yang masih lagi dalam keadaan memanjang tu kepada hirisan hirisan sederhana tebal. Macam sushi tu la. Siap! Boleh la makan dengan sos atau makan macam tu je. ^^
Senang, kan? Tapi aku risau korang tak dapat hadamkan langkah langkah nak sediakan makanan tu. Muahahaha.. So, I took few photos from the original owner, and putting the credits under the pictures. Thank you. :') Takkan la aku nak pegi buat resipi tu memalam camni. AHAHAHA.
Korang yang tinggal luar negara tu, kalau nak buat ni pun boleh. Pergi berkelah pun boleh bawak. Senang sangat. Sedap. Yang paling penting kos yang diperlukan sangat la rendah. Kalau korang dok overseas, boleh la try. Aussie ke.. opsss! haha.. I mean US, UK or anywhere else, nak jimat, boleh try ni. Aku faham. Kita kena banggakan makanan budaya kita dekat Malaysia, tapi bukannya semua boleh masak rendang, ayam masak merah, masak lemak, gulai tempoyak dekat overseas sana. Lain la kalau parents korang datang, tolong masakkan. Time balik Malaysia, bedal la puas puas. HAHA. Lepas tu bawak balik ke sana. Hehehe.. alahh.. dekat sini pun ada la makanan Malaysia. Mesti ada yang cakap camtu. So, aku ulang, "untuk penjimatan".
Google's photo. Dekat Korea. Gerai tepi jalan. |
Resipi last sekali, tteobokki. Tteokbokki sedap, pedas pedas manis. Okey. Tteokbokki ni di sejenis makanan yang sangat sangat famous dekat Korea Selatan. Kalau korang ke Sindang Dong, Gangnam, Myeongdong, jangan lupa try. Dekat tempat lain pun banyak la. Senang nak dapat. Tapi, dekat Gangnam and Myeongdong ni biasanya ramai sangat peniaga makanan jenis gerai tepi jalan. Lori, meja meja and so on. Ada yang jual tteokbokki, sotong goreng pedas, uhmok ataupun fish cakes. Banyak lagi la. So, cuba. And kalau ada yang nak cuba sendiri, boleh cuba macam dekat bawah ni. Aku bagi resipi.
Bahan bahan,
Tteokbokki (biasanya yang berbentuk silinder, panjang lebih kurang 2-3 inci)
1 sudu teh kicap cair
Fish cakes
Sosej (optional)
Daun bawang (ikut suka nak banyak mana)
Carrot atau kubis bulat
Pes cili merah Korea
Emping cili merah Korea (Korean red chilli pepper flakes)
2 sudu teh gula
2 sudu teh bawang putih (dicincang)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh bijan (optional)
Cara cara menyediakan tteokbokki,
- Panaskan air dalam kuali. Pastikan kuali besar. :P
- Potong daun bawang, fish cake dan carrot sementara tunggu air panas.
- Bila air dah nak mendidih, masukkan pes cili, pepper flakes, gula, bawang putih dan kicap cair. Kacau sebati.
- Bila pes cili dah larut, masukkan tteok ke dalam kuali. Kacau dan biarkan dalam 10 minit supaya tteok empuk/lembut dan kuah menjadi agak pekat. Terus kacau supaya tteok tak melekat dekat permukaan kuali.
- Masukkan carrot, fish cake, sosej ke dalam kuali. Kacau.
- Rasa. Kalau ada yang kurang, tambah.
- Masukkan minyak bijan dan biji bijan, terus tutup api.
- Angkat dan hidangkan.
Note : kalau nak panaskan, jangan guna microwave. Bukan tak boleh, tapi takut la tteobokki tu tak panas semua. Just masak balik atas api. Tambah air sikit, kacau. Tunggu dia pekat balik, angkat. Makan! Hehehe.
Beg kesayangan. HAHA. Sebab.. err.. sebab.. rahsia! And my fave earphone! Nak jadi photographer gak la! MUAHAHAHAHA!
No comments:
Post a Comment