Boys And Girls

Tuesday, 13 March 2012

Happy Birthday, March Babies! :P

Assalamualaikum..

Jeng jeng jeng.. Mari baca hikayat paling awesome dalam dunia! Mari, mari, mari! *takde la awesome pun. Propa mesti lebih. Ahaksss..

13 Mac 1991, 4.50 pagi, lahir la sorang baby perempuan yang comel seberat 3.5 kg. Parents dia, memang happy. Almaklum la.. sembilan bulan bawak perut, now dah lahir. Mesti la happy. Ye tak? 3.5 kg okey. Bukannya ringan. Baby paling berat dalam kandungan mak dia, mungkin. Itulah kali terakhir ibu melahirkan seorang anak, kiranya anak bongsu la. Kerana anak adalah anugerah terindah bagi ibu bapa, ibu bapa menamakannya dengan cahaya Allah SWT. Tapi nama dia bukan la Cahaya Allah. Still, hampir sama la maksudnya.

Setelah beberapa tahun, anak tersebut membesar + debab dengan jayanya. Tanpa ibu, kerana ibunya sudah pergi menghadap Illahi ketika si budak baru berusia enam tahun. Bapanya juga kembali ke rahmatullah setelah si budak sudah pandai mencari duit sendiri, ketika dia sudah menjadi remaja, yang ketika itu berusia 18 tahun. Walaupun sedih, hidup mesti diteruskan.

Sekarang, budak itu dah dewasa. Dah 21 tahun pun. Mesti dia comel kan? Tak pun, lawa. Sebenarnya, tak. Budak itu cuma handsome je. Semua orang tau dia sangat handsome. Sekarang, dia sedang berusaha memajukan dirinya, mendekatkan diri kepada Maha Pencipta dan sedang mencari pasangan, ingin berkahwin. Dia berharap agar hidupnya bahagia dan dipermudahkan sehingga akhir nafasnya di muka bumi Allah ini. Amin..

TAMAT.

Haaa.. amacam? Okey tak alkisah, hikayat ataupun kisah epik di atas? Cool, kan? Jangan jeles.
Haha.. sebenarnya, tu aku la. Hekhekhek.. hari ni ganjil la umur aku 21 tahun. "Mana ada orang panggil ganjil. Tetap genap, walaupun umur kau berangka ganjil." - Oh.. genap, genap. 

Kata orang, umur 21 tahun ni umur untuk kita dapat kebebasan. Hakhakhakhak.. kebebasan apakah? Tak payah la semua tu. Hehehe.. makanya, budak ini a.k.a aku akan mengambil lesen dalam umur aku 21 tahun ni. Means tahun ni, kan? Yela.. Aik? Takde lesen lagi? Mesti ada yang ketawa terbahak bahak memandangkan aku belum ada lesen. Haha. Normal la tu. Ye tak? Pasal ingin mencari pasangan ingin berkahwin tu, itu cuma iklan. Jangan la percaya. Hahahahaha. Duit takde, nak kahwin pulak. Chaitt..

Aku nak ucapkan terima kasih dekat kawan kawan yang wish birthday aku. Hiks.. terharu mak, nyah! Asalnya orang tak tau birthday aku, tapi, disebabkan facebook tu paksa aku letak tarikh lahir aku, jadi nye, semua kawan kawan fb aku tau la. Still, thank you. Terima kasih sebab mendoakan kesejahteraan aku. Aku pun doakan korang sentiasa di bawah rahmatNYA. 

Hadiah? Tak ada. Tak payah la. Tapi kalau betul nak bagi, sila hadiahkan tiket penerbangan berserta penginapan selama sebulan atau lebih ke Korea Selatan. Nak bagi duit belanja pun okey. Kalau demand sangat permintaan aku ni, bagi aku sebuah Mercedes Benz SLR, atau pun Audi A5. Mungkin juga boleh bagi aku sebuah rumah mewah *apartment pun dah okey*. Paling cikai pun, bagi la aku kawen dengan Kim Jae Joong! Aku memain jela. Yang last sekali tu, betul. Dear Mr Kim Jae Joong, will you marry me? 

Playing with light saber, eh? :D Much loves.

I love you!! So much ^^ hahaha. :D

Hehehehehe.. kawan aku nyanyikan happy birthday dekat aku last night dengan gitar. Thank you my friend! Terharu aku. :P Okey la. Aku nak basuh baju. Basuh guna tangan okay. Bukan mesin. HAHAHAHAHA. Petang petang baru basuh baju? Hisyyyy.. anyway, thanks again. Thank you thank you! Aku bersyukur sebab Allah SWT izinkan aku meneruskan kehidupan. Alhamdulillah. Umur cuma angka. Kematangan seseorang lahirnya dari akal fikiran ^^

Today also U Kiss's Eli birthday and Infinite's L birthday :) But L was born on 1992. Me and Eli were born on 1991. Hehehe. For those whom will celebrate their birthday in March, happy birthday. God bless!

Meet my twin from different family, Eli. Elison Kim ^^ Really loving him! :D
This is L. Kim Myungsoo. Infinite's L. Hehehehe^^ All the photos are from Jaejoong's, Eli's and L's twitter accounts. :D

Till we meet again, insyaAllah, take care. Love you guys. For those wishing me a happy birthday, thank you so much! Much loves. :)

Assalamualaikum ^^

No comments: