Boys And Girls

Wednesday, 23 May 2012

Oh My Laptop! Oh My Lips! Oh My Prince!

Assalamualaikum~


Hey semua orang! Selamat pagi. Sihat? Hohoho~ Okay, I'm going to make thousands words today. It is just normal things to be shared. Hmmm..


First of all, about my marathon. Entry-rathon *marathon* for Teachers' Day. Sorry sangat sangat. Lappy aku rosak. Adalah about a week. Bukan rosak, actually. I need to send it to the doctor. Crashed! The programs, browsers problems, missing files and those kind of malwares, spywares and other malicious softwares. Everything = problems. So, tak boleh nak bukak. I don't have the original antivirus. So, that's why kena hantar ke technician. Now, aku berpuas hati dengan setup and semua benda pasal lappy aku ni since ada banyak softwares berguna and that's makes my Boom looks so boom!! Hahahaha. Boom ni aku bagi nama dekat lappy aku. Elehhh.. lappy buruk je. -,- Most of all, terima kasih dekat Encik Technician, kawan kakak aku. :) Terima kasih banyak. And payment pun, credits pada kakak aku! Weehoo! Alhamdulillah. Hehehe :D


Second, I wanna share something with girls. Okay, bukan benda serius pun. Aku ada kawan kawan yang selalu tanya bout lip balm yang aku selalu pakai. Aku bukan la makeup hunter or makeup prodigy neither fanatik dengan alat solek ni. Hunter? Hahaha. Ingat apa? Beastly ke? Hehehe~ ^^ Aku just ada basic je. Okay, okay. Honestly, basic je aku pakai. Hari biasa mana pakai maskara maskara or eyeliners segala. Haha. Nak pergi mana pun. Kalau keluar pun, basic jela. Err.. kalau penting, baru aku rajin sikit nak conteng conteng or calit calit dekat muka ni. Haha. Jerawat! Aku ni careless kadang kadang. 


Back to the topic tadi, pasal lip balms. Actually, I'm having a dry lips problem. I can't stay in a long time dekat tempat panas or berhawa dingin. If not, my lips would bleeding due to the dryness kan. Haaa.. Now, nampak la macam mana pentingnya lip balm untuk aku. Bukan mengada ngada. I'm telling you the truth. So, I need to carry the lip cares tu kemana je. I'm using Lip Ice, Nivea, Maybelline and once I'm using one of the Body Shop's lip balms. Haa.. nak cari balik dekat Body Shop. Sometimes, I'll apply Vaseline on my dry lips. Semua bagus. Aku suka. But ada something yang aku baru discover. Nak tau apa? Silky Girl's! Hahahaha. Silky Lips Magic Pink Lip Balm. 


Alkisahnya, produk ni keluar last year kalau tak silap aku. Iklan Juliana Evans tu. Hahaha. Aku tak pernah jumpa lagi. Dekat rumah aku ni takde Watson or Guardian. Ada tu ada. Tapi kalau jalan tu, dalam dua puluh minit ke setengah jam, baru jumpa Guardian. Malas la. Aku pergi pharmacy je. Jalan kaki tak sampai lima minit. Hihiks~ So, aku nak bagitau kat korang, I love this lip balm. I'm using the colorless lip balms and with colors. Maybelline, Nivea and Lip Ice, colorless and with colors. I do love those brands, but there's something that I love about this Silky Lips Magic Pink ni. Nak tau kenapa?


Just like Lip Ice, this lip balm has a colorless stick. But once you applied the lip balm to your lips, those colorless lip balms will become sheer. To soft pink, pink etc. Dah bertahun aku guna Lip Ice and aku still guna. Based on what they said, Lip Ice Sheer Color Lip Balm akan ikut kandungan darah kita. Aku tak tau sangat. Sebab, once aku pakai, the color terang sangat. Sampai people misunderstood, saying I'm using lipstick. Mungkin betul sebab kaler bibir kakak aku tak jadi pink macam aku. Tapi, Magic Pink ni memang magik! Seriously. Jadi soft pink or baby pink. Nampak natural, makes your lips look smooth and most of all, nampak moist. Lembap. Ada mint lagi eh. Hahaha.  Bagi aku, best. Aku bukan anak orang kaya yang beli jenama mahal mahal okey. Ni murah je. Tak sampai dua puluh ringgit. Tolak sepuluh lagi. Haha. Murah kan? 


Lastly, aku ketagihan nak tengok The Prince of Tennis. Dah habis 168 episod aku tengok. Belum habis chapter lagi tu. Tapi tu je yang aku simpan dalam Boom ni. Takde dah, Actually ada, tapi dah delete. Dah delete, baru nak tengok. Tah pape. Sian aku. ;( National Tournament and US Open pulak tu yang takde. Nyampah betul. Nak tengok. Mesti ohsem. Eh, awesome. Kalau sesiapa ada semua chapters, share kan la eh? Aku nak tengok sangat. My most favorite anime. Zaman kecik kecik dulu. Aku suka tengok cerita camtu. Slam Dunk, Captain Tsubasa. Hahaha. Aku pun taktau la kenapa. Hehehe.. ;)


Before aku signing out, aku nak bagitau korang, aku sedih. Minggu ni episod akhir Rooftop Prince. Lepas ni takde dah. Huwaaaa! Kesedihan. Nak Park Yuchun. Hmmmm~ ;( Eh, bukan. Bukan. Nak TENGOK Park Yuchun. Hahaha. Kalau korang nak tau, aku dah berpaling arah balik. Aku suka gila dekat Yuchun. Sejak aku tengok You're My Miracle. Lagu. Among them, honestly, I like him the most. Entahlah. Suka sangat wehhh.. But Jaejoong is still my ideal type. Sebabnya, dia pandai masak and suka kemas rumah. Tihtihtihtih~~ :DDDDD


Okeyla. Dah panjang berjela dah ni. Boleh buat jala ikan ni. hahaha. Jala itik? Pun boleh. Alaaa.. esok aku ada hal la. Kena keluar pulak. Hmm.. tapi still belum tidur. Teruk! Haha. Okey, aku nak jalan jalan dekat sawang *web* dulu. Takde gambar, Mak Jemah. Maafkan I. Hahaha. Okay then, assalamualaikum and have a nice week ahead. :)

Monday, 14 May 2012

The Poet's Poem

Peace upon you guys.



I'm standing in front of the window,
Waiting for the night to come quickly

I see the road, I see the sky,
But the road, the sky seems empty,
Just like my heart does

I heard kids are laughing, 
I heard a soft voice,
And I'm walking away to find the source

As I saw the classroom I began to cry,
As my memories comes by

I sat on the chair under the tree,
I can see the wise person is teaching,
With a chalk with a ruler,
With a soft voice, full of shyness

I closed my eyes and flashbacks are started,
A noisy place, cannot be quiet

Colorless papers are flying everywhere,
With the blackboard filled with dirt,
Walking freely without doubt,
Laughing countless times without the finish line

As the person walks in,
The noisiness becomes silence,
The white papers has been cleared,
The laughs changed with tears

The time she began to talk,
Everyone started to smile,
No more fear, no more tears

Once I opened my eyes the shadow has been disappeared,
But the patience, the kindness stays in my heart,
Without her I can't be here,
The place full of laugh, full of love

The classroom has been emptied,
I'm sitting alone again,
But I can smile for the whole life,
Because I'm carrying the memories in my heart.

Happy Teachers' Day :)


I do love literature, but I can't make a good poem. I do love to write, but I can't make an epic story. I do love to read, but I can't make everyone read my stories. This is my poem. The poem that comes up straight away in my mind. This is not a good poem to be read. I might be lacking of so many things, but I'll continue to write. I think this is the first poem that I created right away. In ten minutes maybe. I know, this is not a good poem. I knew it, I knew it. But I sincerely make this for everyone whom has taught me with so many things. My teachers. And also my friends that taught me like a teacher does. And of course to myself too. Hahahaha. Kidding.


Again and again, Happy Teachers' Day. I love you, my primary school's teachers, my secondary school's teachers and of course to my lecturers. Hehehe. I love you. :) For real. InsyaAllah, I'm going to use everything that you taught to a good place and I'll use it wisely. I'll help people. InsyaAllah. :)


Yours sincerely, 
RNRK~ ^^

I'll Trying To Make It Later~

Assalamualaikum.


Sorry kawan kawan. Aku tak boleh nak sambung karangan tentang Terima Kasih Cikgu tu sebab aku busy la. InsyaAllah aku try cari masa nanti, sambung balik. Eh? :P


Sekian.

Friday, 11 May 2012

Terima Kasih Cikgu II

Assalamualaikum.


Salam Jumaat semua. Apa khabar? Buat kaum Adam, selamat menunaikan solat Jumaat. Semoga diberkati oleh Allah SWT. Okey, aku nak sambung cerita semalam. Terima Kasih Cikgu tu. But today, pasal cikgu Bahasa Melayu aku. Let's go on! *Encik Amer ajar* Hahahaha.


Bagi students kelas kelas lain, tingkatan lain, mungkin cikgu ni salah sorang cikgu yang sangat garang. Tapi, tak bagi students 5 Sains 1. Cikgu ni ajar kitorang subjek Bahasa Melayu. Memang nampak garang. Tegas. Bagi kitorang anak anak murid dia, cikgu ni sangat baik. Melenting pun tak pernah. Seriously. Tu yang menghairankan students lain. Maybe classmates aku kelakar and happy go lucky kot. Even kitorang ni nakal nakal, cikgu still tersenyum tengok karenah kitorang. Macam macam hal. Tapi, cikgu tu akan marah kitorang time kitorang keluar ramai ramai. Macam aku cakap, kitorang ada pas keluar kelas. So, tak boleh la keluar sesuka hati, buat rombongan Cik Kiah. Hahaha. :P Takde la marah pun. Nasihat je.





Macam mana tahap kenakalan kitorang? Makan, usik usik cikgu. Berkelah dalam kelas. hahahahaha. Ni memang kelakar. Ada satu minggu tu, kerusi and meja kitorang digunakan dekat dewan lain. Ada exam kot. So, yang ada just few desks je. Korang tau apa the guys buat? Cikgu stor sukan tersangat la baik. The guys pinjam tikar dari stor sukan! Hahahaha. Bentang tikar, then belajar dalam keadaan bersila. Kitorang memang kecoh, banyak cakap, tapi still nak belajar. Takde meja and kerusi, kita still boleh belajar, kan?


Bila tiba musim buah, kitorang makan dalam kelas. Tapi, tak lupa nak bagi kat cikgu kitorang tu. Hahaha. Maybe disebabkan attitude kitorang kot yang buatkan cikgu suka dengan kitorang. Bila aku tak sihat, cikgu biarkan aku tidur. On his birthday, he treated us with foods. Bayangkan, cikgu tu belanja kitorang satu kelas. And yang paling penting, cikgu tak pernah jemu ajar kitorang buat rumusan. Hahaha. Semua ilmu yang cikgu curahkan akan saya praktikkan dalam hidup saya. Saya selalu berminat dalam Bahasa Melayu. Cara cikgu mengajar, saya selalu ingat. Cikgu is the best. Kami sayang cikgu! Terima kasih, cikgu.


That's all for now. I really mean it. We love our teachers. Assalamualaikum.

Sepi Seorang Perindu~ -,- *overreacting*

Assalamualaikum.


Selamat pagi. Aku nak lari tema Hari Guru kejap. Biarlah orang nak kata aku ni si desperados. Biarkan. Hahaha. Emosi lebih la budak ni. -,-


Korang tau, aku pernah baca satu artikel ni. Pasal jodoh. Ya, aku memang gabra tahap ketujuh sekarang ni. Korang bayangkan la, kawan kawan sebaya korang dah nak dapat anak and nak melangkah ke alam rumah tangga. Tapi korang masih terkontang kanting menunggu jodoh korang. Aku tau, aku muda lagi. Baru dua puluh satu tahun. Gebang lebih. Ingatkan dah tiga puluh dua tahun tadi. -,- Hahahahaha. Umur aku still hijau, aku dah bising bising cakap soal jodoh. Sebenarnya, jodoh takkan datang bergolek. Kita la yang kena cari jodoh kita. And because of that, aku jadi kelam kabut sikit.


Sebabnya.. kita taktau siapa jodoh kita. Umur sekarang ni maybe tengah kenal dengan this person, that person. Tapi, cuba bayangkan kalau korang dah ada someone, tak dapat restu pulak. Family tak suka. Korang pun break up. Masa tu dah umur korang dah sampai dua puluh lima tahun. Bayangkan jela. After that, korang kenal dengan someone else. Mula mula tu baik la. Lama lama baru tahu perangai sebenar that person. Ni umum, okey? :) Break up. Umur dah dua puluh lapan. Then, kenal pulak dengan orang ni. Tapi dia macam tak serius after two or three years berhubungan. Bukan benda betul. Cuba bayangkan. Actually, bila umur meningkat, kita makin matang and of course nak serius. Kannn? Tapi yang aku cakap sekarang ni just bayangkan. Imaginasi.


Jadi, kalau korang ada kawan yang asyik cakap pasal kahwin je, korang janganlah gelakkan dia. Contohnya aku. Biar apa orang nak kata. Yang aku tau, aku tak nak bercinta lama lama. Aku nakkan hubungan yang halal. Bercinta empat lima tahun. Bila break up, dia yang salah, aku yang betul. Aku salah, dia jela yang betul. And for those bercinta lama lama or sejak zaman sekolah lagi and end up dengan hidup bersama aku salute. Semoga bahagia selalu. Amin.. Bukan senang nak kekalkan sampai bertahun tahun. Aku harap sangat dapat jodoh yang baik, beriman, bertanggungjawab, penyabar, penyayang and yang paling penting boleh terima aku apa adanya. Amin Ya Rabb. Kalau takde pun, tak apa. Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Kalau takde jodoh pun, tak apa. Biar Allah yang tentukan.


Aku doakan kita semua dapat jodoh yang baik baik. Amin.. thanks for reading. It means so much to me. Assalamualaikum. :)


P/S : Ini bukan iklan cari jodoh. Just aku luahkan perasaan je. Hakhakhakhakhak~~

Thursday, 10 May 2012

Terima Kasih Cikgu I

Assalamualaikum, peace upon you guys.


Taknak tanya khabar semua, sebab aku wish korang sentiasa sihat sihat and berada dalam lingkaran rahmatNYA. Okay, kurang dari seminggu je kita akan sambut Hari Guru, kannnn? So, aku akan update blog ni dengan cerita cerita cikgu aku. But, aku akan gunakan nama mata pelajaran cikgu tu, such as Physics, Maths, English. Bukan apa. Tak semua tau kewujudan blog aku ni. Kang letak nama cikgu tu kang, orang search, jumpa lak. Kan dah heboh. Biarlah orang kenal aku dengan RNRK. Ye takkkkk? :P Yang dah tau tu, nothing to say la. Haha. Oh, satu lagi. Orang Islam tak baik sambut Hari Ibu, kan? Actually, setiap hari pun hari untuk ibu. :)


For the starter, aku nak cerita kisah ni,


"As~sala~mualaikum~ cikgu!"
Mesti korang pernah bagi salam macam tu, kan? Ni masa aku sekolah menengah. And aku tau, mesti ada jugak yang tak bagi salam macam tu. Hahaha. Enam tambah tiga. Lebih lapan tahun jugak la aku bagi salam macam tu. Or, "good~ mor~ning sir/teacher!" Sampai la aku masuk tingkatan empat, cikgu aku marah. Aku ingat lagi, dia tak bagi kitorang bagi salam macam tu. 


"Stop saying it that way. Go straight! Assalamualaikum, cikgu!! Or good morning sir/teacher!!" - Cikgu Fizik.



♥ Physics. Oh, anyway. Kalau tak center, sorry. Buat sendiri la katakan. Hahaha. 


Since cikgu tu garang sangat, kitorang ikut jela apa dia suruh tu. Kecut perut time dia masuk kelas. Sumpah, aku tak tipu. Kadang kadang, before dia masuk semua kelam kabut ke toilet. Sekolah aku pentingkan disiplin. Ada kad kebenaran keluar kelas yang ketua kelas or assistant yang kena pegang. Bergilir gilir la ke toilet. Aku tak boleh lari dari rasa takut. Rasa nak nangis pun ada. Tapi, saja buat buat cool. Mesti korang dapat bayangkan, kan? Scary, freaking horror. Hahaha. And itulah kali pertama dalam hidup aku. Aku dapat markah 10. Ini bukan gurauan. hahaha. Punyalah takut. Teruk sangat tu. Jantung asyik berdegup kencang je. Sobs. Scary kan? ;( But rasa bergaya habis bila bagi salam dengan straight tu. hahahaha!! :P



Hahaha. Paint je derrr~


Tapi, bila dah masuk tengah tahun, aku dah boleh get off daripada rasa takut tu. Alhamdulillah. So, bagi aku,  personally, segarang mana cikgu tu, dia suka marah marah, dia tetap seorang insan yang pernah curahkan ilmu dia pada kita. Even ilmu yang dia curahkan tu just sebesar zarah sekalipun, dia masih seorang guru. Dia cuma nak anak murid dia berjaya, that's all. So that he/she can be proud of you. So, I'm taking this opportunity to say thanks to him. Even though he's a strict teacher, I could still remember what does he taught me. So, thank you, thank you and thank you. Saya doakan Sir sentiasa sihat and selalu dirahmati Allah SWT.


So, I'll be back by tomorrow. With other stories, other teachers. InsyaAllah. Thanks for reading. Cikgu is the best, isn't them? Assalamualaikum.

Wednesday, 9 May 2012

Can't Make The Same Memories Again

Peace be with you.


Hi! I've something to share with you guys. Check this out.


On December 2008 until March of 2009, I'm having my National Service. Program Latihan Khidmat Negara atau pun lebih dikenali dengan nama PLKN. Rasanya, I've shared permulaan PLKN sebelum ni. Cuba cari dekat archive. Okay. On Saturday, we'll have family meeting. Kiranya, ahli keluarga or penjaga pelatih pelatih akan datang ke kem tu. Pelatih pelatih pulak kena bertugas jaga kem and jadi announcer. Family datang, so announcers kena panggil pelatih yang berkenaan la. Sometimes, kita tak tau family kita sampai pukul berapa. Family yang datang tu pulak kena isi borang dulu before jumpa dengan anak anak. 


Aku jadi guard masa turn company aku bertugas. Delta. Masa giliran company aku, time tu baru lepas Chinese New Year. Aku tolong la parents and pelatih bawak barang barang masuk dorm. Nasib aku dengan kawan kawan aku baik. Sebab.. kitorang dapat few buckets of tangerines, mandarins!! hahaha. Dari saiz kecik sampai la sebesar besarnya. Perasaan masa tu, awesome! Hahahahaha..


Bukan tu objektif aku hari ni. hahaha. Sebenarnya, pasal announcers tu. Korang tau, masa tu la lagu dimainkan. hehehe. Announcers will play any songs till masa melawat habis. So, aku nak share kan lagu lagu tu dekat sini. haha. Bukan lan semua. Just part of them. Sampai sekarang la aku still dengar lagu lagu tu. I can keep the memories, I can bring it anywhere, I can keep playing it, but I can't making them again. Oh, I miss those moments. And I will always praying so that I just can make sweet memories only.  Let's playing the memories in those songs. I can feel the memories. :) Ah, one more thing. Lagu Aiman - Cinta Terakhir tu selalu dimainkan time bulan puasa 2010. So, aku selalu dengar lagu tu and aku ingat masa masa tu. Balik kelas, penat penat. Then pergi bazar Ramadhan. Rindu Ramadhan. Tak sabar.

Okay, here are the songs. 







Ada banyak lagi, tapi aku malas nak taip. Aku harap sangat tak ada kekejaman dalam dunia ni. Kita semua akan balik pada Allah SWT. So, jangan kita buat jahat pada orang lain. Aku dengar ada baby kena dera,  then sebarkan video tu. Aku tak nak tengok pun. Biar Allah je yang balas semua tu. Aku pun tahu rasa sedih bila tengok benda benda macam tu. Mesti baby tu sakit. Kejamnya. Mintak dijauhkan dari buat benda benda macam tu. Ya Allah, lindungilah kami. Jauhkanlah kami dari azabMU. Janganlah KAU palingkan hati kami. Amin..


Okey semua. Got to go. Take care semua. Semoga berada dalam rahmatNYA. Amin.. Assalamualaikum..

Monday, 7 May 2012

Rooftop Prince

Assalamualaikum~


Haiiiiiii! Selamat pagi! hehehe.. KL nampak cerah hari ni, after hujan sejak subuh tadi. Tempat korang macam mana? Aku nak update blog even though aku tau korang semua paham yang aku rasa malas nak update. Kalau rajin, satu hari tu mesti aku update dua or tiga entry. Kannnn? Hahahaha.. harapan! Takde maknanya aku nak update banyak banyak. Takde cerita nak share dengan korang. Takkanlah nak cerita pasal Si Luncai yang terjun dengan labu labunya, kisah semut dengan belalang, ataupun arnab dengan kura kura yang buat pertandingan lumba lari? Hahaha.. korang semua dah tau kan, macam mana ceritanya? So, aku simpan cerita tu untuk budak budak kecik je. Ada paham? :D


Apa eh nak story? Biar aku fikir dulu. *Saraf saraf dah mula berfungsi* hahahaa.. Oh! I got something to share! Haaa.. aku tengok drama Korea! *balik balik Korea.* Alaaaa.. biarla. -,- Putera Lee Gak! Prince Lee Gak! 이각 왕자님 *Lee Gak wangja-nim*!!!! hahahaha.. Tajuk drama ni, Rooftop Prince. Aku suka sangat! Best!! Aku bagi sikit sinopsis sikit eh?


Dramawiki's. The drama's poster. Hahaha. Tengok baju diorang. :P


300 tahun yang lepas, isteri Putera Lee Gak meninggal dunia dalam tasik di istana. Somehow, Lee Gak dengan tiga orang pengikut dia, Song Man Bo the Royal Librarian, Do Chi San sida sida istana and pengawal peribadi dia, Woo Yoong Sul tercampak ke Seoul pada masa sekarang, 2012. Zaman sekarang, 2012, ada sorang lelaki yang seiras dengan Lee Gak, Yong Tae Young, yang merupakan pewaris sebuah syarikat terkenal. Yong Tae Young jatuh cinta pandang pertama pada watak utama perempuan, *Park Ha*. Lepas tu Tae Young terjatuh dalam laut , but sebelum tu dia ada lukis gambar Park Ha, since dia seorang artist, pelukis. Ironically, Lee Gak and his men jatuh dalam rumah bumbung Park Ha. And since then, banyak benda yang berlaku pada diorang semua. Unexpectedly.


So, kalau nak tengok, bolehlah tengok dekat saluran SBS, 10:55 pm, setiap Rabu and Khamis. Sekarang dah sampai episod 14. Cerita ni buat aku ketagihan. Hahaha. Dah lama aku tak tengok drama Korea sampai jadi macam ni. Kalau nak tengok online pun boleh. Tanya je aku. Then aku bagi link. This is one of the best dramas ever. Still, Yoochun is the best! xx Love him! Gambar gambar dekat bawah ni aku buat screen capture, then aku cantumkan. And buat animated gif. :)






Okay, going to watch Lima Rencah Lima Rasa. TV3, 1130. hehehee.. cepat, cepat! Tema, coklat! Till we meet again, assalamualaikum. Take care. :)

Friday, 4 May 2012

It's All About Me

Assalamualaikum! ^^


Hai semua! Annyeong-haseyo yoreobun! ( 안녕하세요 여러본!! ) Sihat? 잘지내? Hahahahaha.. okey, okey. Korang semua apa khabar? *Alahhh.. bosanlah si RNRK ni. Balik balik tanya khabar.* Sorry semua. Tu je modal yang aku ada. Hakhakhakhak.. how about the guys? Pergi solat Jumaat tak? Kalau pergi, alhamdulillah. Semoga selalu berada dalam rahmat Allah. :)


Hari ni aku malas nak menaip sangat. So, apa kata korang check this out. Info pasal aku. Jom!!


Full name - RN binti RK bin RI bin RA bin RA
Nicknames - Ila, Liya, Mok -,-
Height - not more than 156 cm. *hahahaha*
Hobbies - writing, reading, eating, tweeting, surfing, cooking, dancing!! blablablabla~


Aku suka pink, purple and biru. Hitam and putih also okay. I do love flowers. Daisies!! Then baru la tulips, roses, orchids, lilies, sunflowers and apa apa bunga la. hahaha. Favorite food? Aku tersangatlah suka makan tom yam, seafood. Tak kisah sangat bab makan ni. Tapi yang dua tu memang kawan sejati aku. Lagi satu, aku tak boleh berpisah dengan nasik. Kalau takde nasik, boleh pengsan. Bukti yang aku ni orang Asia and orang Malaysia. Tak percaya? Laaa.. nasi kan makanan ruji rakyat Malaysia. -.- Itu pun taktau? Hahaha.. maafkan saya! Gurau, gurau. Betul la, nasik tu best friend aku. :D


Justin Hartley in Smallville. As Green Arrow. Oliver.




Daisies. All the four photos are from Google.



Aku ni hot tempered jugaklah. The truth is, I can't get angry for the whole of my life. Nak marah tu, setakat setengah jam tu okey la. Lepas tu, aku okey balik. Takde la nak marah sampai bertahun tahun. Abang aku la yang suka buat aku marah. Aku tak kacau dia pun. Kadang kadang aku cakap elok elok, dia bising bising. Tak paham aku. Tapi apa boleh buat. Blood is thicker than water. Air dicincang takkan putus. Ye tak? :D Lagi, aku suka kartun. Tom & Jerry, The Woody Woodpecker Show, Spongebob Squarepants, Young Justice, Atashinchi, Detective Conan and so on. Banyak kartun and manga favorite aku. And I couldn't get off myself over DC Comics' cartoon characters and macam tu jugak dengan Marvel. Green Arrow memang nombor satu. Sebab aku suka tengok archer. Teringin nak memanah. Lepas Green Arrow, Batman. Cool! Then Iron Man, Wolverine, Superman, Spiderman, Hawkeye, Hulk, The Flash, Green Lantern, etc.. Oh, awesome!







Google's photos.


Aku suka travel and I wish to travel all over the world. Paris, Venice and all the cities of love. Then aku nak pergi tempat yang ada pemandangan empat musim. It must be cool!! Autumn, Winter, Spring and Summer. Aku suka membaca, tengok movie. So far, aku kagum dengan Transformers, Avatar, The Avengers, X-Men and filem filem seangkatan dengannya. Aku rasa mesti korang dah dapat teka something, kan? Kalau tak dapat tak apa. hahaha. Aku suka filem filem or drama yang bergenre action and thriller. I'm not into creepy, spooky and horror movies or dramas. Tapi kalau vampires and serigala jadian tu, aku sukalah tengok. Best. And one more thing, aku suka cerita penyiasatan. Aku nak jadi macam Sherlock Holmes. :D


Aku tak suka menjahit sebab aku jahit tak cukup kemas. Aku tak suka bersukan, sebab aku tak pandai bersukan. Aku main softball je. Yang tu, best la. Aku reti main. Sebab selalu main masa kecik. Then bowling and cycling. Aku tak suka makan sawi. hahaha. Itu jela kot makanan yang aku tak suka. Aku geli and fobia dengan ulat bulu, beluncas. -,- Aku selalu kena kejar dengan ulat masa aku sekolah dulu. Sampai nangis nangis aku. Ini bukan over or rekaan. Ini betul betul, realiti. Aku dengan kakak aku memang fobia dengan ulat ulat ni. And I think I'm quite funny *hahahaha* also, I'm flexible. :PPPPPPPP Over! hahaha. 


"Family come first. Only family could stand by your side once your friends are leaving you. I'm not a good talker, but I can talk a good thing. The sun will shine again after the clouds moving away. I noticed something, not everyone like us. So, don't bother to feel sad when you knew that someone doesn't like you because you don't like everyone too. Be yourself. Enough said."

Kim Hyoyeon. Press conference for Dancing With The Stars 2 Korea. Malam ni, okey? She's the best! Love her heels. I want it too! From Google also.


Maru demok! Ambil gambar dari owner dia - SISIN MARU.


Kim Jae Joong. I got this from his twitter.


Okeylah. Sampai sini je. Thanks for reading. xx sayang semua. Salam Jumaat, selamat berhujung minggu. Take care everyone! ^^ Assalamualaikum.


P/S : May 28th. The day of an awesome man was born to this world. August 14th, the day the awesome and loving daddy's left this world. Abah, I will always love you. Even though I'll follow your steps one day, my love to you will never die. The love will always lighten up this world. You taught me ABC, English, cooking, how to be patient, how to love, how to thankful, not to regret, to be better, to be strong, how to endure the pain plus hardships and the most of all is how to live this life. Friends, I'll tell the story on May 28th. :') InsyaAllah.

Thursday, 3 May 2012

Kisah Aku Dan Si Buah Pic

Assalamualaikum!!


Hi sweethearts! Hahahahaha.. buat apa tu? Dah makan? Dah minum? Mandi? And yang paling penting mestilah solat. Kan? :D So, cerita aku hari ni pasal aku dengan buah pic. Kalau tak tau, bahasa omputehnya peach. Nak tau pasal apa? Jom baca dekat bawah ni.


Aku ni suka sangat makan. Hahaha. Satu hari tu, aku ajak la housemates aku pergi beli groceries. Semua benda dah habis. Kitorang pun gerak la pergi mall. Aku tak pasti la aku pergi Jusco or Tesco. Yang sure, kitorang pergi tempat jual makanan tu. Bahagian ground floor. Time jalan jalan tu, kawan aku ajak pergi fruits section. Aku ikut je. Sampai je, kawan aku ternampak pic. Frankly speaking, aku tak pernah rasa pic segar. Kalau dalam tin tu, banyak la. And because of that, kawan aku teringin la nak beli. Dia pun tak pernah makan jugak. Then, we took about six or eight peaches. 


There you go. From Google's image.


After that, kawan aku pergi la timbang berat. Tengok harga, terus ternganga. Dekat empat puluh ringgit. Actually, aku nak ambik je. Tapi aku takut tak cukup duit tunggu sampai hujung bulan. Terpaksa la cancel. Letak balik! hahahahahaha. So, sampai sekarang aku belum pernah makan fresh peaches. Aku dah cari, tapi takde. Plums banyak la aku makan. -,- Mana nak dapat eh? Jenuh aku cari. Aku jarang pergi mall nak cari barang dapur. Kalau pergi pun, aku pergi Jusco dekat Mid Valley je. Masalahnya takde pun jumpa. ;( Hope anyone can tell me selalunya ada dekat mana. KL jelah. Eh, eh, eh? Pweaseeeee.. *blinking eyes*


Okey, tu jela yang aku nak story. Hahaha. Nanti aku update pasal zaman kecik kecik aku, okey? Then cikgu cikgu aku. Tapi tak tau bila. So, till we meet again, take care. Love ya readers, followers!! ^^ Assalamualaikum.